Tuesday, November 5, 2013

kemahiran KBKK

Idea ini ku dapati daripada kursus Matematik Khas KBSR pada  tahun 1993.  Semasa menelaah di perpustakaan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, terjumpalah aku bahan pdp ini.  Sebenarnya, aku memohon bidang matematik , aku memang mengajar matematik , Alam Dan Manusia dan Pendidikan Seni di Sekolah kebangsaan Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
  Sebaik sahaja aku bertukar ke Sekolah Paya Keladi, yang berhampiran dengan rumah sewaku, maka aku pun menerima tawaran ini.  Kursus selama setahun banyak memberikan aku pengetahuan dan pengalaman.
Pagi-pagi lagi, sudah menghantar kedua-dua anakku ke rumah pengasuh kerana maktab itu jaraknya 28 km dari rumahku ,  Suamiku menghantarku hingga ke Butterworth untuk menaniki feri.  Tiket feri untuk penumpang pada tahun 1993 hanyalah 40 sen .
  Selepas mendpat kawan , barulah aku menumpang sebuah keeta yang dipunyai oleh kawan dari Johor.  Aku tidak ingat nama-nama mereka, yang aku ingat Ramlah, Zulkifli dan Abdul Salim. Aku menumpangnya dan membayar sewa kereta yang pastinya aku tidak ingat, seingatku RM5 sehari setiap orang.
  Berikut adalah contoh kemahiran yang boleh aku kongsikan.  Daripada gambarajah sebutir telur yang dipotong mengikut bentuknya kepada 9 kepingan.  Daripada 9 kepingan itu, susun semuanya agar menjadi seekor burung.

                             Potong rajah ini ikut garisan yang telah dilukis, mesti ada 9 keping
         


 Lihat contoh burung, cuba susun kepingan tersebut supaya menjadi seekor burung.  Kamu boleh menyusun kepingan ini menjadi berbagai bentuk dan gaya seekor burung, 

          Saya telah jalankan aktiviti ini kepada murid-murid Persatuan Matematik yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.  Mereka membina atau menyusun mengikut kumpulan bertiga-tiga supaya mereka boleh berkongsi idea dan mendapat imaginasi berbagai-bagai gaya seekor burung.

No comments:

Post a Comment