Wednesday, November 27, 2013

GPK HEM sehari

 Sejak akhir-akhir ini jadi sibuk pula.  Sibuk dengan kursus tahun 4, membuat modul Bahasa Melayu ke Satun, pemeriksa kertas , mengemas kelas dan sebagainya.  Dalam pada itu, berdebar-debar juga menunggu keputusan permohonan tukar sekolah. Entah bila keputusannya dapat diketahui ataupun keputusan tak berjawab.
    Permohonan pertukaranku sudah masuk kali ketiga. Aku sebenarnya tidak larat nak memandu dan paling terkesan ialah perbelanjaan yang banyak untuk kos petrol dan kos service kereta serta maintenance. Sibuk nak mengisi borang e-prestasi, taklimat reach for the Star program GROW , Ladap dan sebagainya.
  Laporan Kantin, RMT , Program susu dan Vitamin 1 Malaysia , pemilihan peserta RMT dan melengkapkan borang rumusan RMT.  Setelah dua hari berturut-turut ke sekolah, aku terpaksa datang juga pada hari Jumaat, 22/11/2013 untuk membereskan kerjaku.  Aku peruntukan sehari dari pukul 10.00 pagi hinggalah pukul 3.30 petang baru selesai kerja.  Tetapi aku jenis yang tidak berapa berpuas hati dengan laporan Kantin, RMT, Program Susu dan Vitamin 1 Malaysia , akan membuat semula laporan itu.
  Tugas guru kini tidak seperti dahulu entah apa-apa kerja yang dibebankan ke bahu guru.  Setiap bulan aku mesti membuat rumusan laporan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin. Tugasan sebagai guru kelas juga perlu dilaksanakan seperti menutup jadual kedatangan kelas dan jadual kedatangan murid RMT, sebagai guru disiplin dan sebagainya.
  Untuk membereskan kerja melengkapkan borang rumus peserta RMT yang terdiri daripada 63 orang dan  33 murid Pendidikan Khas bukanlah mengambil masa yang pendek tambahan pula aku menaip nama sambil mengira perdapatan perkapita. Aku pula seorang sahaja di Bilik GPK itu dengan menggunakan komputer yang tersedia ada.  Takut juga kalau sudah siap, hilang pula , jadi ku saved di desktop dan  dalam hardisk ku sendiri.  Alahai, sebenarnya aku tidak suka menjadi setiausaha namun aku terpaksa menerima segala arahan kerja daripada pihak pentadbir.  Itulah pengalaman pertama membuat kerja HEM, kalau dulu 28 tahun yang lalu aku ketua panitia dan setiausaha kemerdekaan selama 8 tahun tidaklah ku rasa berat kerana semuanya perkeranian ku buat dengan laptopku sendiri.....Alhamdulillah selesai juga kerjaku selama 5 jam sebagai setiausaha HEM. di bilik GPK.


No comments:

Post a Comment