Friday, November 8, 2013

Kelasku dulu-dulu dan sekarang!

 Sejak awal persekolahan pada tahun 2013 , aku dah mula mengecat kelas dan menghias kelas.  Kelas yang berwarna kuning dah kutukar dengan cat hijau.
   Langsir yang dulunya berkonsepkan tema bendera dah kutukar warna hijau .  Dinding kelas yang kosong dah ku tampalkan kata-kata motivasi.  Huruf-huruf yang menaikkan semangat atau pembakar semangat dah ku pelekatkan di dinding.
  Di sudut bacaan, dah ku sediakan bahan-bahan bacaan dilengkapi dengan tikar getah.  Meja-meja dah ku balutkan dan labelkan nama masing-masing.
  Pintu dan almari juga telah kulengkapi dengan kunci supaya bilik kelasku terjaga tidak dirosakkan oleh murid-murid lain. Banyak duit yang dilaburkan untuk menghias kelas .  Tidak kurang tenaga dan masa.
  Sejak aku berkursus pada bulan pada 21-24/8, menyiapkan tugas di PKG SK Jeram Batu 20 , pada 24-26/9 dan pada 8-9/10 serta pada 21-24/10 untuk membuat modul secara berpasukan bersama  guru-guru Bahasa Melayu, kelasku dah jadi lintang -pukang.  Meja yang dibalut dengan alas meja dah lunyai, habis dikoyakkan terutama murid-murid lelaki. Sakitnya hatiku melihatkan keadaan itu.  Kini tikar getah yang dipasang koyak rabak, bukannya buat duduk belajar tetapi dibuat berperang.
  Jam yang tergantung di dinding dah pun pecah.  Minta diganti semula , bukannya mudah nak dapat, sehingga sekarang tak diganti, aku pun tak mahu beli yang baru.
  Aku pun pelik sikap murid-murid sekarang.  Kalau dulu, murid-murid pandai menjaga harta sekolah atau barang-barang yang ada di dalam kelas.  Sekiranya kita tanya, siapa yang merosakkan, seorang pun tak mengaku.  Mereka hanya tahu membuat sampah, kalau ditegur barulah hendak menyapu.  Pening juga aku dengan sikap murid sekarang ini. Salahkah aku? Mengapa kita gagal mendidik anak murid , semuanya ini berpunca dari sikap yang tidak bertanggungjawab. Aku sebenarnya teramat kecewa. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka agar berubah...aamiin.
 
                                                          Keadaan kelasku yang dahulu



Keadaan kelasku yang sekarang.
Tikar getah yang dibentangkan supaya murid-murid duduk membaca , dah jadi seperti ini.  Siapa yang tidak marah?


No comments:

Post a Comment