Sunday, December 30, 2012

Kemelut yang belum selesai

31 Disember 2012 menutup tirai, akan muncul 2013.  Ingatkan pertukaranku diluluskan.  Inilah kali pertama dalam perkhidmatan permohonan pertukaranku tergantung tanpa jawapan.  Bermula dari seminggu sebelum tutup sekolah pada 8 November ku menelefon PPD dan JPNS untuk memastikan status pertukaranku namun sehingga kini masih tidak ada jawapan secara formal, yang ku dapati  adalah secara lisan.
    Maka dengan itu , bermakna aku masih perlu memandu sejauh 121km pergi dan balik ke Sungai Sireh, tak apalah mungkin dah takdir perjalanan hidupku begini.  Apa yang perlu ku lakukan segala-galanya telah berlalu pengalaman pahit tergantung perpindahan, perbalahan dengan pegawai di Putrajaya, pemotongana gaji dan bayaran balik terlebih gaji RM9+++ dan seperkara lagi gajiku masih lagi DG41 walaupun telah dilantik DG44 selama 3 tahun. Biarlah mungkin itu adalah cabaran besar buatku walaupun dah berbagai usaha ku lakukan beremail kepada edu.kpm., PT sekolah, CC perkhidmatan di PPD dan guru besar.  Permasalahan utama mesti disebabkan Buku Rekod Perkhidmatan dan masalah berpindah -randah walaupun segala dokumen surat-surat perlantikan, pengesahan, surat kenaikan gaji tahunan dan salinan slip gaji telah ku berikan.
   Biarlah segala-galanya akan terungkai sedikit masa lagi.  Doaku agar kehadiran 2013 memberi sinar dan semangat baru kepadaku.  Satu azam yang akan kupahatkan ialah keinginanku memohon guru cemerlang ke DG yang seterusnya .  Semoga Allah memberkati usaha dan memakbulkan permintaan hambanya yang menghadapi segala pahit getir perjalanan hidup sebagai guru yang berbaki sedekad lagi . Semoga semangat berbakti dan meneruskan tugas sebagai pendidik akan kuat seampuh dan sekental semangat besi waja.....Seperkara lagi semoga Allah beri kesihatan yang baik buatku ..... aamiiin....

1 comment:

  1. skin gaji masih dg 41 walaupun telah disahkan dg 44. Status permohonan pertukaran masih belum terungkai hanya jawapan lisan permohonan anda tidak berjaya, katanya surat jawapan akan diberi sudah dua bulan menunggu, janganlah pula tiba-tiba aku ditukarkan setelah kelas dan semua persiapan dilakukan menempuh tahun 2013

    ReplyDelete