Wednesday, December 19, 2012

PMR Straight A , Anak-anakku TahniaH!

 PMR tahun 2012 berulang kecemerlangan bagi anak-anakku.  Alhamdulillah.  Pertama, anak sulungku , Zati Iwani dapat 8A, Nur Syarafina 9A  aliran Agama, kini Ainun Syamirah 8A,.  Aku gentar juga kerana dia ni lain sedikit.
  Dahlah  bertukar-tukar sekolah kerana mengikut kami berpindah.  Sekolah pertamanya, SMK Gafar Baba sekolah Kluster terdiri daripada pelajar-pelajar pintar 2 kelasnya terdiri daripada murid- murid UPSR 5A, kemudian SMK Desa Kencana , Lahad Datu Sabah tingkatan 1-2, seterusnya SMK Munshi Abdullah , Sungai Air Tawar, Selangor.  Memandangkan asyik bertukar sekolah ,sudah tentu aku bimbang akan prestasi pelajarannya.

  Syukurlah, Allah tetap memakbulkan permintaan hambanya.  Tetapi aku sungguh pelik dia ni tidak ada kemahuan untuk tinggal di asrama atau keinginan ke sekolah berasrama penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara.  Entah apa dalam pemikirannya, aku sendiripun tak tahu.  Tetapi terpulanglah kepadanya untuk memilih jalan hidupnya sendiri.  Keadaan ini berbeza dengan kedua-dua kakaknya yang tahu membuat keputusan dan jurusan mana yang hendak dituju.  Semoga Allah memberikannya arah dan tujuan memilih jalan yang betul.

No comments:

Post a Comment