Saturday, December 15, 2012

Sawah padi - aktivitiku

  Pada masa dulu , padi ditanam dua kali setahun.  Padi pula enam bulan baru dituai. Ketika itu sekitar tahun 1960-an. Seingatku semasa aku darjah empat(1972), aku sudah mudah mengambil upah mengubah anak benih padi.  Ramai kawan sekolah sebaya denganku mengikut orang tua mengambil upah mengubah anak benih.
   Pada masa itu upahnya RM1.20 sahaja. Kerja mengubah mula pukul 2.00 petang hingga 6 .00 petang. Penat juga berendam dalam air di sawah ketika panas terik dan terpaksa berlumba dengan orang lain, kalau tidak kena marah. Aku pula main tanam sahaja, nasiblah anak benih tu hendak hidup atau mati.  Kalau mati nanti pemilik sawah akan tanam semula atau disebut 'sulap'.
   Setelah musim menuai,  pokok padi ini tinggi, maka batang padi ditinggalkan 2 ' . Pada waktu malam, belalang akan hinggap pada batang padi yang ditinggalkan ini. Kami orang Melaka dan Negeri Sembilan akan mencari belalang pada waktu malam dan menangkap seterusnya memasukkan ke dalam botol minuman seperti  sarsi.  Kami gunakan pelita untuk menyuluh belalang di sawah pada malam yang gelap itu. Paling baik menangkap belang selepas hujan kerana belalang  banyak .
  Belalang ini kami jual atau masak sendiri. Belalang ini sedap dibuat sambal atau masak lemak cili padi.  Sebelum itu dicelur dahulu dan dibuang sayap dan ketik atau kakinya.
  Kemudian kegiatan ekonomi di kampungku dah berubah,  beralih kepada pertanian komersial iaitu bertanam sayur pula.....bersambung.

No comments:

Post a Comment