Seperti yang ku katakan ibuku adalah seorang yang unik. Hendak ku ceritakan mulanya dari mana, aku sendiri tak tahu. Yang pastinya hidupku penuh tragis dan bersejarah. Kami adik-beradik membesar umpama membantu ibu membanting tulang.
Ayahku sebenarnya seorang yang berharta. Namun atas sebab-sebab ketamakan saudara-maraku dan kesilapan ayahku , ada harta tersebut dijual atau dimonopoli oleh mereka. Keadaan ini berlaku kerana ibuku hanya seorang perempuan yang tidak berpelajaran tinggi sementelah tidak berapa tahu tentang harta pusaka. Cukuplah hanya 3 3/4 ekar tapak rumah dan ladang getah itu sahaja yang kami miliki itupun dituntut oleh arwah adik datukku.
Getah itu ditoreh dan dibahagikan mengikut sistem pawah. Malangnya mereka mengambil kesempatan atas kelemahan seorang janda , aku masih ingat setiap kali pergi ke Lendu, setiap kalilah kami ditipu. Katanya hujan setiap kali hendak menjual getah, setiap kali hendak mengambil duit getah.
Adpun secebis kisah sebelah arwah saudaraku yang telah meminjam wang yang ku kira banyak dan aku masih ingat namanya dan kampungnya Padang Kambing dan dah jadi arwah (Y) , janjinya kepada arwah bapaku akan memulangkan duit kepada anak-anak untuk perbelanjaan sekolah. Hampeh, sekali pergi berinya RM20 atau kekadang RM10 rumahnya besar, berpangkat maklumlah tentera.
Begitulah nasib ibuku seorang janda muda dipermain-mainkan dan nasib kami anak yatim yang dianiaya, tetapi kami masih bersyukur dapat menumpang makan sedikit harta sebelah nenek kami seperti kelapa, kebun getah dan tapak rumah sekadar dapat sara diri untuk hidup. Zaman dulu mana ada 1960-an ada bantuan ibu tunggal, anak yatim atau bantuan PPR. Bekerja sendirilah kalau mahu hidup........bersambung
sehingga sekarang pinjaman RM 1000 yang dipinjam tak dapat dilunasi yang ku ingat hanya beberapa kali sahaja arwah mengembalikan wang paling banyak pun RM20, kalau tidak RM10 ....kemudian kami agak beasa kecewa dengan sikap isterinya. Tetapi tidak apalah kami anak yatim tetap dapat meneruskan kehidupan yang agak baik juga, tidaklah merempat meminta belas kasihan kepada orang lain hasil usaha sendiri.
ReplyDelete