Monday, December 17, 2012

seminar isu LGBT

   5 November 2012 buat pertama kalinya, aku dapat berhimpun berjumpa dengan guru-guru di Kuala Selangor.  Perhimpunan itu dalam anggaran 800 orang.  Aku memandu kereta dari Sabak Bernam pada pukul 6.20 pagi.  Dalam kepalaku nanti hendak berhenti mengambil Cikgu Rokiah bt Awang dan Ustazah  Julaina di hadapan masjid di Sungai Sireh.
    Tetiba, aku mendapat panggilan telefon, tidak kujawab kerana aku sedang memandu.  Kali kedua, aku terpaksa menjawab walau pun ketika itu aku sedang memperlahankan keretaku kerana sebuah kereta telah terperesok di bawah lori.  Nasib baik bonet keretanya sahaja.
   Pendek cerita, hanya kami berdua, aku dan cikgu Rokiah sahaja pergi.  Sampai di One Plaza, Kuala Selangor kudapati telah ramai cikgu yang hadir.  kami bersarapan dulu pada pukul 8.00 pagi.  Masuk ke dewan itu terlalu sejuk, jadi ku ambil blazer .
   Isu LGBT ini sebenarnya telah lama berlaku.  Kini semakin menular dan menjadi-jadi.  Lesbian, Gay, Biseksual dan transgender adalah penyakit muda-mudi zaman sekarang.  Ditakuti virus ini merebak di seluruh negara.  Masing-masing ingin mendapatkan kebebasan di luar batasan agama.  Sekiranya gejala ini terus merebak  dan tak ditangani alamat hancurlah negara kita .  Tujuan seminar ini mengingatkan peranan guru bahayanya penyakit ini.
  Menariknya penceramah Tn hj Hushim adalah bekas kaunselor sekolah STAR dan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor juga adalah mantan guru disiplin STAR adalah guru sekolahku tahun 1980-1981.
  Pengajaran daripada seminar ini adalah implikasi daripada  perasaan tidak puas hati terhadap insan terbabit terhadap  ibu bapa, tekanan perasaan daripada adik-beradik ataupun mangsa buli daripada rakan-rakan.  Perkara ini haruslah dipandang berat oleh ibu bapa, masyarakat dan komuniti .
            Peserta seminar di Ballroom One Plaza, Kuala Selangor.
              Tn Hj Hushim bin Hj Salleh, kaunselor berdaftar , penceramah LGBT
              Tn Hj Mahmud, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri  Selangor
Bukan mudah dalam menangani isu ini yang semakin menular akibat kurangnya didikan agama dan menadpat sokongan daripada Barat dan negara-negara barat pula mengiktiraf perkahwinan sejenis bahkan ada ulama songsang pula pada akhir zaman ini.
  Diharapkan pendedahan ini dapat menginsafkan insan-insan lain supaya berbalik ke pangkal jalan....semoga mendapat hidayah daripada-Nya Allah s.w.t.

1 comment:

  1. isu-isu semasa pendidikan dan isu negara perlu dibanteras

    ReplyDelete