Saturday, December 22, 2012

Securik memori luka 2012 (episod 2)

    Selepas kembali ke Sabah, aku terima surat yang back dated , kelulusan pertukaranku.  Itupun atas rasa ketidakpuas hatiku terhadap kemelut yang kuhadapi.  Ku adukan kepada eduweb,kpm. Alhamdulillah berbagai insan ingin menghulurkan bantuan namun segala kesukaran telah kulepasi.
   Kemudian aku menangguhkan tugas sehingga 5 Mac 2012 walaupun tarikh pertukaranku bermula 1 Feruari 2012.  Pada 25 Mac suamiku datang mengambilku dan menyelesaikan urusan kereta yang terbengkalai akibat kemalangan itu.  Itulah hikmahnya kemalangan tersebut, kereta dibaiki daripada 25 Oktober 2011 hingga 13 Januari 2012. Selesai urusan kereta , barulah kami bertolak balik ke Sabak Bernam.
  Setelah bertugas di sekolah baru, bermasalah pula tentang gajiku.  Semua elaun seberang laut terpaksa diberhentikan.  Kerani di Sabah buat gaji sampai Mac. Mulai bulan April gajiku dibayar di sekolah baru.  Terkejut beruk dan terhentak jiwaku apabila gaji dipotong hingga sifar.  Mulai bulan April sehingga bulan Ogos gajiku dipotong kerana terlebih bayar.  Aku dimarahi kerana tidak peka kepada gaji.  Kepada siapa harus ku persalahkan, mengapa aku? Bukan aku yang buat gaji atau sengaja suka-suka minta gaji lebih?  Itukan kerja PT dan AG Sabah.
   Kedua, kecewa demi kecewa ku hadapi kerana ingatkan berita gembira dapat surat pengesahan DG44 seawal 12//1/2012 cantik tarikhnya.  Tetapi seceria  hati dan perasaanku.  Sejak bertukar awal Mac sehingga sekarang kenaikan gaji tahunan belum dibuat hanya kenaikan 13% pada tangga gaji lama.  Sekiranya anda dalam situasi begini bagaimana?  Sudahlah sekolahku jauh 121km pergi dan balik, duit minyak RM70 tiga hari, persediaan kelas baru , penyesuaian situasi tempat kerja baru dan tempat penginapan baru.  Jelas segala-galanya menambah bebanan di hatiku.  Namunku pujuk hati dan perasaan untuk membina semangat jati diri sebagai seorang pendidik yang berjiwa cemerlang.
   Aku sekali lagi membuat aduan kepada eduweb,kpm.  Kini rasa tak tertanggung sekali lagi disebabkan buku perkhidmatanku yang tidak diposkan ke Kuala Selangor, walaupun telah ku iriingi dengan surat dan panggilan telefon.  Dek kerana BRP gajiku masih belum naik dan masih lagi DG41 sejak 24 Ogos 2010-31 Disember 2012.  Kecewaku dengan sikap manusia yang telah mengabaikan tanggungjawab hingga mengakibatkan orang lain menanggung penderitaan dan kekecewaan. Sekali lagi aku bertindak berjumpa sendiri CC di Kuala Selangor buat kali pertama setelah 9 bulan bertugas di sini.
    Sekiranya anda di tempatku , wajarkah aku bertindak begitu?  Aku tahu aku bukan manusia sempurna, boleh bersabar ?...Semoga Allah memudahkan urusan perkhidmatanku yang berbaki  sedekad lagi.

No comments:

Post a Comment