Setelah padi kurang berhasil dan kebanyakan petani bertukar arah menanam sayur maka kebanyakan menanam sawi, petola, cili hidup, timun dan sayur kailan. kebanyak kaum Cina telah lama monopoli perniagaan ini. Kami orang-orang Melayu yang kekurangan modal kebanyakan bekerja mengambil upah menanam sayur atau mengikat pokok timun atau petola naik ke junjung.
upahnya amat sedikit RM1.20 dari pukul 2.00 petang hingga 6,00 petang. Rehat hanya sebentar lebih kurang 20 minit sahaja, sudah tentu kami terlepas sembahyang Asar. Kalau sembahyang pun terpaksa balik ke rumah dahalu, mandi dan bersihkan diri. Begitulah kehidupanku selepas balik dari sekolah kalau ada kerja, buka selalu ada peluang. Aku pergi sekolah belajar di sekolah sahaja balik dari sekolah campak beg, Kemudian pergilah cari makanan kambing seperti daun sena atau jati.
Ada jugalah kami adik beradik menanam empat petak sawah dengan petola. penatnya Allah sahaja yang tahu. Kekadang untung kekadang tidak. Kayu junjung terpaksa dicari atau dibeli, tahi ayam sebagai baja, racun dan benih selain penjagaan rumput. Penat-penat mengutip hasil sayur dijual kepada orang tengah harga ditolak hanya 4 sen sekilo yang diambil oleh lori. Harga pasaran sebenarnya 40 sen. Tengoklah sejauh mana tenaga petani dikerah dan diperah. tetapi kita manusia yang lemah pada masa itu terpaksa mengalah kerana kalau tidak ke mana handak dibawa petola yang banyak itu. ... bersambung... kerja begini kulakukan sehingga aku dapat melanjutkan pelajaran ke asrama Munshi Abdullah pada tahun 1978 semasa tingkatan 4. ....ada sesiapa yang senasib denganku.....jom kita kongsi zaman kecil kita.
No comments:
Post a Comment