Aku hanya bersekolah di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah(STAR), Kelang ,Selangor di pertengahan tingkat Enam Rendah dan Enam Atas pada tahun 1980-1981. Yang aku pasti perpindahanku kerana mengikut abang dan kakakku yang bekerja di Kuala Lumpur. Kupilih sekolah ini kerana mempunyai kemudahan asrama sama seperti sekolahku: Sekolah Munshi Abdullah Batu Berendam Melaka.
Aku terpaksa menukar kertas salah satu Geografi ketika itu kerana ia tidak didaftar di STAR ,jadi aku terpaksa belajar sendiri. Namun aku bersyukur,aku mampu memperoleh prinsipal bagi kertas itu. Dalam pada sibuk bertukar sekolah, aku pula kurang mengenali rakan-rakan baru kecuali yang tinggal di asrama.
Yang ku pasti, semasa tingkatan enam atas, aku telah mengadakan group perbincangan yang terdiri daripada 4 orang iaitu, aku, Norafidah, Salmah dan Fauziah. Ketiga-tiga rakanku ini pernahku temui dan kujejaki. Namun terputus hubungan dengan Fauziah sehingga kini.
Dengan kemudahan ICT melalui media seperti sms dan FB memudahkan kami bekas pelajar STAR mencari geng seangkatan 1980-1981.
Hari ini 12/12/2012 tarikh keramat pertemuanku dengan Salamah dan Fadilah . Aku sebenarnya telah bertemu dengan Fadilah dua hari yang lalu tetapi kerana ingin berjumpa dan mengeratkan persahabatan kubawa Salmah bertemu dengan Fadilah. Kami berborak panjang. Banyak yang dibualkan namun kotak mindaku hanya ada sedikit tentang kawan-kawan masa silam setelah 31 tahun tidak bertemu. Sesungguhnya 12/12/2012 adalah tarikh keramat bagi kami bertiga. Akan kujejaki sedikitdemi sedikit kawan-kawan sekolah, semaktab, setugas atau sejawat dan sebagainya sebagai penghubung tali persaudaraan.
Pertemuan kali kedua bagi rakan tingkatan Enam di STAR 1980-1981 , Fadilah Kadari jumpa setelah 31 tahun, sementara Salmah berhubung semula semasa aku bertugas di Sabah melalui FB bertemu 2011 Norafidah pula semasa anakku bersekolah di KISAS, kelang Selangor (2009).
ReplyDelete