Kereta ini ku beli tahun 2004. Pada masa itu gajiku masih kecil, ditambah hutang belajar, hutang rumah dan kekadang hendak ketawa aku dibuatnya. Apa tidaknya, gaji sekadar cukup makan dan pakai untuk aku. Yang lain-lainnya terserah pada bahu suamiku, namun begitu biasalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Faham-faham sahajalah. Walaupun gaji siswazah namun kedua-dua kami memikul tanggungjawab yang berat pertama : merantau, kedua, menyambung pelajaran dengan perbelanjaan sendiri.
Kereta Atos ini ku beli dengan wang muka hampir RM5000 dan bayaran bulanan RM500. Kini dan tinggal RM2500 sahaja lagi. Masalahnya , keretaku ini telah beberapa kali dilanggar . Tahun 2006, ketika ingin membantu anak buahku di SMK Teknik , Alor Gajah, aku dilanggar ketika sedang perlahan memasuki kawasan dalam sekolah, kereta itu dengan lajunya tidak membelok ketika selekoh. Ah, Berdentum, kena pintu bahagian belakang pemandu. Kemek sudah, claimed insurans NCB kosong sudah.
Kemudian tahun 2008 sekali lagi si penuntut UiTM Alor Gajah yang menunggang motorsikal pula merempuh keretaku lagi. Entahlah, aku yang sudah lama menanti di persimpangan masuk ke rumahku membelok ke kanan, tiba-tiba dia pula memotong sebelah kanan, apalagi menghentam pintu belakangku dan dia melambung naik ke atas bonet keretaku kemudian dia tercampak masuk ke dalam longkang. Aku tidak tahu mana datangnya dia yang meluru memotongku sedangkan kawannya memotong di sebelah kiri. Aku ingat dah selesai masalah tetapi fail timbul sehingga aku ditelefon semasa di Sabah, Sabak Bernam dan akhirnya aku tandatangani fail di SK SUngai Sireh pada bulan Mei tahun 2012 ini.
Ada-ada sahaja si Atos ni, kemudian tahun 2010 ketika anak sulungku memandunya sekali lagi dicium oleh kereta lain di Shah Alam. Tahun 2011 pula, kakakku memandunya pula akibat mengantuk atau terlalu letih ketika hendak menyambut Hari Raya terlanggar kereta di hadapan, dah cacat sedikit. Pada tahun 2012 pula , si Atos dihentam lagi di pintu belakang sebelah kiri oleh kereta Gen 2. Peliknya enjin si Gen 2 terus mati , tak boleh hidup akibatnya ditarik. Si Atos tetap maintain dengan pintunya yang kemek.
Tetapi sekarang si Atos telah dibaiki kerana stoppernya dah rosak, akibatnya air keluar mencurah-curah. Oleh itu , kami baikinya di bengkel Aye dan rakan sepakat di Sungai Buluh. Puas dicari apa masalahnya, ingatkan radiator, pam air rupa-rupanya stopper.....benda yang kecil sahaja...buka semua kat enjin lamanya dari pukul 12.00 - 5.30 petang baru selesai.... Alhamdulillah..kenapalah pihak pengurusan UiTM tak buat bulatan yang betul, mengelirukan pengguna siapa yang harus berhenti, jalan siapa kerana di situ telah 5 kali berlaku kemalangan. Uniknya yang salah hanya penuntut bukan pensyarah....di mana keadilan. Semoga peristiwa ini membuka minda dan membawa keadilan kepada pengguna jalan raya di kampus UiTM, Sungai Buluh itu.
Seterusnya ada tindakan pihak pengurusan UiTM terhadap kejadian ini dan wartakan jika ia bulatan yang sebenarnya. Letakkan bulatan yang bersimen atau kon atau garisan putih yang timbul bukan hitam seolah-olah hiasan.
kasihan si anak kerana ingin menegakkan keadilan dia ditengking oleh peg polis yang menguruskan hal ini. Memang sukar apabila kita menhadapi situasi begini tetapi kita mestilah muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Berhati-hatilah ketika memandu dan berbahasalah dengan lembut serta hadapilah dengan tabah walau apapun keadaan. Kita hidup perlukan bantuan dan saling memerlukan khidmat masayarakat terutama khidmat polis, polis bantuan UiTM, dan saudara-mara.
ReplyDelete