Petang ini, aku ponteng kokurikulum kerana nak buat sepanduk. Kononnya bawa semua peralatan ke sekolah untuk menunggu waktu kokum tetapi beralih rancangan pula. Jadi aku balik awal untuk siapkan sepanduk di rumah.
Di sekolah , semua guru kelas akan dibantu oleh murid-muridnya untuk membuat sepanduk, malangnya muridku bukanlah senang hendak kawal kerana ramai lelaki tambahan pula mereka bukanlah jenis yang pandai melukis. Aku takut nanti sepanduk tak siap asyik nak mengawal mereka.
Jadi, aku menyiapkannya di rumah. Selepas masak, lebih kurang pukul 7.00 petang , aku mula fotostat untuk besarkan tulisan jawi dan tajuk maulidurrasul tahun ini," Wasatiyah tonggak kesatuan ummah" dan sambutan maulidurrasul 1434 H. Agak lama jugalah memikirkan warnan dan perisian sepanduk ini, Aku yang tak berapa pandai agak-agak sahajalah. Tambahan pula hendak siapkan dengan cepat, buat ringkas sahaja.
Selepas menekap huruf dan perkataan, akhirnya aku meminta bantuan anak sulungku supaya cepat siap. Lambat jugalah, selepas sembahyang maghrib , aku terus mewarnakan kain putih ini sehinggalah pukul 12.00 tengah malam.
Syukurlah dah siap, hari Jumaat nanti boleh pasang sepanduk untk perarakan.
Inilah hasilnya walaupun tak cantik kira , aku ingin menambah lagi, tapi apa yang harusku tambah sebab nampak kain putihnya tak penuh...nantilah ku fikirkan...kalau ada idea pasti ku tambah....wassalam.
No comments:
Post a Comment