Monday, December 9, 2013

Coretan Program pengantarabangsaan Guru Bahasa Melayu Malaysia-Thailand - Hari pertama

Program ini telah dirancang lebih awal. Setelah membuat modul, banner , perjumpaan demi perjumpaan, akhirnya pada 29 November kami berkumpul di PPD Kuala Selangor pada jam 9.00 -10.00 malam.  Seorang demi seorang dinanti agar ahli rombongan tidak ketinggalan.  Pemandu bas tidak boleh lagi menunggu lebih lama.  Tepat jam 11.40 malam  perjalanan pun bermula.  Di dalam bas hanya terdiri daripada 25 orang, ada yang telah bertolak awal dengan kereta, ada yang pergi sendiri dengan keluarga,  ada yang tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak boleh dielakkan.
   Kami tiba di pintu masuk imigresen pada pukul 9.00 pagi 30 November .  Kami sempat bergambar di hadapan pintu masuk ke Thailand.
   Akhirnya kami sampai di Muslim Anuban School 11.00 pagi.  Kehadiran kami disambut mesra dengan deretan guru-guru sekolah Anuban Muslim sambil bersalaman.  Selepas itu kami bergambar bersama-sama dengan guru-guru di situ.  Majlis perasmian telah diadakan di dewan terbuka dengan backdrop yang cukup besar : banner yang telah ditempah khas.  Ucapan demi ucapan disampaikan oleh pengarah Jabatan Pendidikan Swasta Satun,  kemuaidan ,En Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  ,dan seterusnya  pengerusi program Hj Mohamed Azhar  Hj Alias .
 Majlis  diserikan denan persembahan nasyid dan sajak diikuti acara menanda tangani perjanjian MOU. Pada pukul 11.30 -12.30 majlis penyerahan guru-guru Bahas Melayu dari Malaysia kepada  4 sekolah iaitu Sekolah Anuban Muslim, Sekolah Muslim Suksa, Sekolah Thammasat Wilayah dan sekolah Nida Suksasat.
  Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari.  Kemudian kami dibawa  terus ke  sekolah masing-masing dengan menaiki van yang telah disediakan.
                                            Jabatan imigresen Thailand- pastikan pasport ada
                                                      di hadapan pintu masuk Thailand
                                                             
                                                                bergambar bersama-sama
                                                        Majlis perasmian
              Perjanjian MOU antara Penganjur Majlis Guru Besar Daerah Kuala Selangor dengan Thailand
        8 orang guru Bahasa MelayuMalaysia bersama dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand - telah dibahagikan mengikut kumpulan.  8  orang guru bagi sebuah sekolah.  Gambar di atas untuk kumpulan Sekolah Anuban Muslim .

          Pada sebelah malamnya pula kami dibawa oleh En Rosalan Napelan, Pn Jamilah, isterinya dan anak-anak , dua orang guru pengiring - Cik Aminah Somkesorn dan Cik Arifah Vanyava ke Super Market Big C untuk membeli simcard Thiland dan barang makanan atau keperluan yang lain.  Kemudian kami ke pasar malam Saturday Night yang berhampiran.  Harga barang makanan di situ agak murah berbanding dengan negara kita.



No comments:

Post a Comment