Thursday, February 9, 2012

flat Guru Felda Sahabat

Setelah surat pertukaranku dibekukan, aku kembali ke Sabah. Aku mengajar semula di SK Sahabat 4. Sekembaliku di sini aku masih disambut dengan tangan terbuka. Kehadiranku seorang diri umpama musafir kelana. Seminggu sebelum itu beberapa persiapan telah ku laksanakan.
    Pertama, anak bongsuku terpaksa kuhantar ke Asrama Desa Munshi Abdullah. Mengalir air mataku semasa berjumpa dengan Penolong Kanan 1, Pn Rosnah , warden dan beberapa orang guru di sekolahnya. Menangis kerana meninggalkannya pada saat dia akan menghadapi PMR.
    Sepanjang perjalanan dalaam kapal terbang dan sebelum meninggalkan keluarga tergenang air mataku. Bayangkan di kala usia sebegini terpaksa tinggal bersendirian di rumah Felda. Hanya 5 hari, aku bersendirian sejak 26 hingga 30 Jan 2012, aku diberitahu bahawa pengetua baru akan tinggal di situ, jadi akan terpaksa berhijrah lagi. 
    Kini aku menumpang menginap di flat guru . Hadirku mungkin sekejap. Bermula malam 31 Jan hingga 25 Februari 2012 kerana surat pertukaranku telah pun diluluskan . Faks telah dihantar ke sekolah dan ke JPN Sabah pada hari Khamis 2 Februari. Hingga 9 Februari, aku belum mendapat surat daripada JPN Sabah. Apakah hadirku di sini tidak dihargai atau kesibukan pegawai-pegawai, tetapi aku harus meninggalkan sekolah ini. Aku harus meneruskan langkah baruku.
Di sinilah penginapanku sepanjang di Sabah, rumah felda dan flat guru .Aku sempat bergotong-royong ketika tinggal di flat ini pada 9 Februari. Ku berharap agar hadirku disenangi teman-teman termasuk Kasmia, Amra, Isamiah, Yaya dan yang lain-lain . Segala kenangan manis akan terpahat di memoriku.











No comments:

Post a Comment