Pada 22 Februari 2012, sekali lagi aku memberi ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR kepada semua murid Tahun 6. Mereka seramai 68 orang, tetapi aku belum dapat memastikan berapa orang yang hadir .
Awal pagi , penyelaras Tahun 6, Pn Anis Firdaus dan AJKnya telah pun menyediakan pembesar suara, LCD , skrin , bahan bacaan dan nota menjawab soalan. Aku masih menggunakan laptop yang mengandungi semua bahan untuk ceramah pada hari itu. Kerjaku jadi mudah kerana telah beberapa kali menjadi penceramah di beberapa buah sekolah Felda Sahabat ini. Mula-mula tiba, Sekolah Cenderawasih telah mengundangku , kemudian di Kolej Kini, Sk Tanjung Labian, SK Fajar Harapan dan SK Tungku.
Aku berharap agar ilmu yang ada ini dikongsi bersama dengan guru-guru yang lain. Alhamdulillah semua guru yang mengajar Tahun 6 terlibat mengikut jadual waktu mereka. Guru-guru Tahun 6 yang terlibat antaranya Ustazah Zamzilawati , Pn Lorne, Pn Siti Mazrah, Pn Hardiyana, En . Aiman, En. Halim, En Zulkarnain, Cik Amra dan Pn Adina Intang. Majlis bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Terdapat masalah teknikal terhadap LCD yang baru diganti tidak boleh disambungkan dengan laptopku yang baru ini. Namun demikian kami guna sahaja LCD mudah alih sahaja seperti yang selalu kugunakan di kelas 6 Adil.
Alhamdulillah majlis dapat dijalankan seperti yang dirancang. Semoga anak-anak didik Tahun 6 ini dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dan menggunakan teknik yang betul ketika menjawab soalan UPSR kelak. Harapanku mereka dapat mengalahkan prestasi murid-muridku tahun lepas. Ini bermaksud mereka mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. Selamat menduduki peperiksaan UPSR dan cemerlang di dunia dan akhirat. Jadilah orang yang berguna pada masa hadapan.
Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan mengikut pelbagai kecerdasan.
En Mohd Helmi juru teknik komputer sedang menyediakan pa sistem
Pn Adina Intang, GPK HEM, penyelarasTahun 6 Pn Anis Firdaus, penceramah dan guru Bahasa Inggeris Pn Siti Mazrah.
Cendera mata daripada Penyelaras Tahun 6 , memang pandai dan peka terhadap kehendakku, rupa-rupanya tudung yang tak jadi kubeli jadi milikku. Terima kasih daun keladi, kalau ada minta lagi...hehehe.
No comments:
Post a Comment