Ustazah Arbaya, Ustaz Ibrahim dan murid-murid yang menyertai perarakan telahpun datang lebih awal. Mereka sibuk menyediakan persiapan murid-murid dan pengangkutan.
Setibanya kami di dewan Cenderawasih, semua peserta telah pun siap berkumpul mengikut pasukan. Kelihatan sepanduk yang beraneka rupa, pakaian yang seragam, bunga pahar dan bunga manggar. Hebat sungguh pakaian dan persiapan peserta lain berbanding dengan kami. Kedengaran juga si pengomil , kasihannya pasukan kami beraneka warna.
Tepat pukul 8.00 pagi perarakan dimulakan dari dewan itu menuju ke pekan Cenderawasih hingga ke stesen minyak Petronas dan membelok menuju ke hadapan Kolej Kini. Di situ dipasang khemah dan kerusi disediakan mengikut pasukan sekolah atau kampung.
Aku tidak pasti apakah atur cara majlis tersebut kerana kami tidak diberi brosur atur cara. Yang pastinya acara dimulai dengan selawat nabi, ucapan pengerusi, dan ceramah serta pengumuman pemenang. Hadiah begitu lumayan, namun terkesima juga kerana hadiah disediakan untuk terbaik keseluruhan perbarisan dan sepanduk. Tiada kategori johan, naib johan dan tempat ketiga. Sepatutnya ada hadiah mengikut kategori sekolah rendah, menengah dan peringkat kampung. Manalah ada duit untuk bertanding dengan orang felda yang banyak duit. Mereka ada dana terutama menampung perbelanjaan persiapan pakaian dan sepanduk.
Aku begitu teruja melihat keunikan sepanduk-sepanduk tersebut. Salah satunya siap beroda empat . Rodanya dari tayar kereta sorong disambungkan dan dihiasi dengan cantik. Ada juga rangka kain sepanduk yang dibuat daripada kayu, besi dan playwood. Kasihan juga kepada mereka yang membawa sepanduk.
Semoga pengalaman ini berbekas di hatiku dan kepada semua yang terlibat semoga kita mendapat sedikit pahala dengan mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan ajarannya sepanjang hidup kita.
No comments:
Post a Comment