Yang menghairankan dahlah mahal , sarapan pagi hanya untuk seorang sahaja. Jadi kami terpaksa menambah RM11.50 bagi seorang. Pelik betullah. Inilah kali pertama aku menginap di hotel yang sarapan pagi untuk seorang. Namun begitu layanannya agak memuaskan kerana tempat parking kereta ada pekerja yang menjaganya. Pada pagi 26 Februari itu tayar belakang kereta sebelah kiri pancit, pekerja itu kata nak beritahu tetapi tak tahu empunya kereta. Mereka pun menolong menukar tayar spare sementara sampai ke tempat servis tayar.
Aku sempat merakam panorama sekitar hotel tersebut.
Rakaman gambar pukul 6.00 pagi
keadaan di bandar ini lengang pada waktu pagi jam 6.00
Pukul 7.00 pagi
Bilik agak sempit, tetapi boleh nak sembahyang ada tempat.
Pukul 8.20 keadaan dah mula sibuk
No comments:
Post a Comment