Dari Lahad Datu, kami bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 8.48 pagi. Sebelum bertolak tayar belakang sebelah kiri kami periksa dulu di pusat servis tayar. Setelah dua kali diperiksa tak juga jumpa sebab pancit pada hari Ahad itu. Jadi takut pancit, kami periksa sekali lagi. Ternyata tidak ada kebocoran.
Sepanjang perjalanan ke Sandakan ternyata jalannya masih agak teruk. Di persimpangan check point, kami mengisi minyak penuh tangki takut kehabisan , tak sampai ke Ranau pula nanti.
Tiba di Ranau kami sembahyang di Masjid Al-Rahman. Masjid ini masih lagi ditambah bangunannya. Walaupun hampir siap, tandas wanita masih belum dapat digunakan, kononnya nak tunggu dirasmikan.
Dalam perjalanan menuju ke Kundasang dah mula berkabus. Kemudiaan ku lihat 3 buah bas Sida Ekpress sederet bergerak serentak. Aku tidak faham sikap pemandu bas itu sering memotong di jalan raya 'double line' kerana berbahaya kepada penumpang dan pemandu yang lain.
Tepat pukul 5.30 petang, kami selamat sampai ke Gaya Hotel. Kami akan bermalam di sini selama 3 malam sebelum menaiki kapal terbang MAS pukul 2.00 petang pada 1 Mac 2012 kelak. Syukur alhamdulillah selesai episod kedua sebelum balik ke semenanjung. Kami jadi orang kaya sepanjang minggu ini kerana tinggal di hotel, kelak kami jadi macam cerita P. Ramlee ' Ibu Mertuaku', mula-mula tinggal di hotel kemudian di rumah sewa dan akhirnya di bawah kolong... aduh bah , jangan begitu.
Pandangan dari atas Shell minyak check point Sandakan-Beluran
Tiga buah bas Sida Ekspress yang berderet - sikap pemandunya kurang berhemat di jalan raya boleh berbahaya kepada penumpang dan pemandu lain.
Kabus yang tebal mengganggu dan melambatkan perjalanan
Kabus di sepanjang jalan Kundasang kemudian hujan
Ruang rehat dan disediakan tiga buah komputer
Hotel Gaya berdekatan di tepi laut
Banyak tempat beli-belah di Kota Kinabalu ,hotel ini berdepan dengan Suria Sabah
No comments:
Post a Comment