Sunday, February 19, 2012

Pantai Felda Sahabat

   Sejak tinggal di Felda Sahabat ini, aku tidak tahu entah kali ke berapa aku menjejakkan kaki ke pantai ini.  Di pantai ini tempat rekreasi.  Ada yang mandi, berjoging dan melakukan aktiviti santai.
   Ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.  Mungkin melepaskan penat lelah setelah mencari rezeki atau sekadar melapangkan fikiran.  Aku teringin sekali hendak ke jeti tetapi kawasan itu kawasan larangan.  Kadang-kala kelihatan kapal berlabuh di situ.  Pemandangan pada waktu malam amat cantik sekiranya ada kapal yang berlabuh .
   Walaupun telah diletakkan papan tanda supaya menjaga kebersihan dan disediakan tong sampah, namun aku sedih melihat pengunjung yang tidak mengikut peraturan membuang sampah merata-rata.
    Lihatlah panorama di pantai menjelang senja sebelum pukul 6.15 petang.


          jam pukul 6.15 petang kelihatan pengunjung beransur pulang.
laluan pejalan kaki dan berjoging
                                         kelihatan jeti dari jauh
terdapat wakaf-wakaf dan bangku-bangku untuk berehat

1 comment:

  1. kini tinggal kenangan, entah beberapa kali aku menyusuri pantai Felda Sahabat ini. Dilengkapi dengan tempat berjoging, penjual menjual makanan dan minuman ringan, terdapat hotel penginapan yang biasanya orang-orang VVIP dan KPM menginap di sini.

    ReplyDelete