Pada Sabtu, 25 Februari 2012 , aku memandu kereta Viosku dari Felda Sahabat 16 menuju ke Lahad Datu. Sehari sebelumnya, aku sudah memasukkan semua baju ke dalam beg namun ada lagi baju-baju yang belum dikemaskan lagi. Aku cuba mendapatkan tidur yang secukupnya kerana aku takut tragedi 25 Oktober 2011 tahun lepas berulang . Aku perlu memandu sejauh 120 km menuju ke bandar. Aku mahu segala-galanya berjalan dengan lancar.
Pukul 8.00 pagi, aku sudah membawa beg pakaian turun dari tingkat 4 untuk dimasukkan ke dalam but kereta. Kemudian beg pakaian kedua ,telekung serta barang-barang kecil dikira 3 kali aku turun naik membawa barang-barangku. Aku sempat mencuci kereta ala mandi kerbau kerana kotornya di bahagian "body kereta". Selepas itu aku menuju ke sekolah untuk menghantar buku murid yang telah ku periksa dan buku ringkasan mengajar.
Tepat pukul 9.52 pagi , aku memandu kereta selepas mengisi penuh tangki minyak. Sempat seseorang menegurku jalan jauh. Aku hanya mengangguk kepala sahaja. Pukul 11.24 aku sampai di lapangan terbang Lahad Datu. Janji nak pergi menziarahi si bayi anak Kasmia tetapi Amra, Ayu dan Nunni belum kelihatan. Aku menelefon Amra, dua kali tak diangkat. Telefon Kasmia bertanyakan rumahnya, manalah tahu senang kot nak jumpa.
Sebelum ini dah tanya, mungkin senang nak cari kot. Tetapi arahan tak jelas, bertentangan dengan keterangan dari Nunni, tambahan pula kampung itu tak berpapan tanda. Kalau sekiranya arahan jelas dan maklumat tepat tentu aku dapat mencarinya. Aku cuba sendiri namun salah masuk simpang, ku ambil simpang Jalan Assam, rupa-rupanya simpang itu bertentangan dengan bangunan IOI, bukan bersebelahan.
Sedang aku memandu, tiba-tiba telefon berdering. Ku berhenti di simpang dan bertentangan Amra , Ayu dan seorang lagi rakannya, aku lupa namanya ada di dalam kereta, berhentii. Kami berjanji jumpa di Servay. Akhirnya dapatlah kami membeli cendera mata untuk si bayi. Nama si bayi Mia Hanisah bt Supardi. Masing-masing sibuk nak mengendung si kecil. Syukurlah sempat juga menzirahi si bayi sebelum berangkat meneruskan destinasi.
Kemudian aku mendapat sms , suamiku dah tiba. Aku dengan bingkas bangun dan terus ke lapangan terbang Lahad Datu, tepat pukul 2.30 kami menuju ke 'Silam Dynasty Hotel' menginap di situ untuk meneruskan perjalanan ke Tawau.
No comments:
Post a Comment