Kalau perbandingan dengan murid tahun lepas rasa-rasanya prestasi murid tahun lepas lebih baik namun kita hanya melihat sekali imbas dan kebetulan aku hanya mengajar mereka lebih kurang 2 bulan sama seperti bekas murid Tahun 6 Matahari di SKDN sekolah lamaku.
Sebagai guru yang berpengalaman mengajar selama 27 tahun, aku dapat menilai prestasi mereka. Selagi mereka berusaha dengan tekun insyak-Allah mereka boleh berjaya. Mereka banyak ketinggalan dari segi tatabahasa, istilah, kosa kata dan perbendaharaan kata. Apa yang penting mereka harus banyak membaca dan menulis kerana ilmu bukan boleh diwarisi atau didapati secara semula jadi. Oleh itu, wahai anak didikku belajarlah kamu dengan tekun supaya kamu boleh berjaya dalam hidup. Semoga kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
aku tidak dapat mengetahu keputusan peperiksaan BM UPSR mereka kerana tidak dapat berjumpa dengan rakan sejawat dan tak berkesempatan berbual walau pun berjumpa semasa majlis perkahwinan seorang guru Aiman SaFwan di Kampung Paku pada 8 Disember 2012.
ReplyDelete