Entah mengapa seminggu terakhir aku di sini, tiba-tiba sahaja terdetik di hatiku untuk melihat keindahan pantai. Kalau dulu petang-petang begini tentulah anak bongsuku ku ajak menyusuri pantai tersebut.
Rupa-rupanya, panorama keindahan laut nan membiru kelihatan ketika terpancar terik matahari. Aku sempat merakam keindahan laut nan membiru pada petang semalam ketika pukul 2.15 petang. Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Allah telah mendetikkan hatiku melihat ciptaan-Nya.
Sesungguhnya tanah Sabah yang luas terbentang ini sebenarnya mempunyai keunikan sendiri. Sekiranya kita hanya membaca atau mendapatkan maklumat daripada bahan bacaan atau menonton video tidaklah sama dengan pengalaman yang kita alami sendiri.
Lihatlah panorama yang sempat ku rakam sebelum meninggalkan negeri yang luas ini.
No comments:
Post a Comment