Hari ini 28/02/2012 tidak kuduga dapat bertemu dengan rakan lama tingkatan 6 atas sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang , Selangor (STAR). Setelah hampir 31 tahun , kami bertemu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu,Sabah.
Pertemuan tidak dirancang. Aku memang sentiasa 'update statusku di FB atau di blogku'. Pada saat akhir, perkhidmatanku sebelum balik ke semenanjung, Hjh Hamidah bt Sarbani, sempat berchatting dan berfacebook bertanya khabar dan ingin berjumpaku. Hanya sekelip mata, kami dapat menghubungi antara satu sama lain.
Pertemuan diatur kerana dia dan suaminya tinggal di sekitar Kota Kinabalu, kalau tak silap Taman Permai.
Hanya melalui sms, pertemuan diatur , kami menunggu di ruang lobi Hotel Gaya dan akhirnya kami makan di Tanjung Aru, restoran di tepi laut. Kuasa Allah dan aturan-Nya yang menemukan kami. Sekiranya pertukaran ku ini tidak tergantung tentulah aku tidak dapat menemuinya. Pertemuan itu menemukan orang Melaka, suamiku orang Ayer Paabas, aku Sungai Udang dan suaminya orang Jasin manakala Hamidah orang Selangor, kawan sekolahku.
Semoga persahabatan ini berkekalan . Terima kasih atas belanja makan malam di Tanjung Aru. Pertemuan yang tidak diduga. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment