Tuesday, January 1, 2013

Anak murid dan Anakku 1/1/2013

 Selamat tahun baru kepad semua pembaca blogku.  Semoga tahun baru memberi sinar baru buat kita semua.
  Seperti biasa rutinku, aku ke sekolah pada 1/1/2013 untuk mengutip yuran dan persediaan kelas.  Kelasku kosong sahaja, belum lagi dihias.  Dalam kepala bagaimana agaknya nak hias nkelas tahun ini.  Masih kelas yang sama tahun lepas tetapi berubah nama 4 Jaya. Kalau dahulu 4 Usaha kelas murid cerdik, kali ini ada murid pemulihan .  Lelaki ramai pula tu, 20 orang lelaki dan 5 perempuan.  Syukurlah, sedikit alhamdulillah.
  Setelah selesai mengutip duit sumbangan katakanlah ganti perkataan yuran . Sebenarnya sama sahaja. Kemudian balik ke Sabak Bernam, sibuk pula dengan anak sendiri, si bongsu yang mendapat straight 8A tetapi tidak ada keinginan memohon masuk asrama penuh atau MRSM.  Mungkin aku juga terlepas pandang dan kalau kedua-dua kakaknya dulu buat keputusan sendiri , mohon sendiri ikut haluan dan kemahuan.  Tetapi dia pelik sedikit , tak kisah.
  Geram campur marah pun ada. Apa tidaknya dari pagi hingga ke petang tak siap-siap lagi, kemudian singgah pula ke Pasaraya Sri Kasim Sungai Besar untuk membeli barang keperluan colgate, berus gigi, syampu, minyak wangi dan sebagainya.
  Seharian suntuk menguruskan sekolah- murid di Tanjung Karang dan petang pula di SMK Munshi Abdullah anak sendiri.  Berbalik kepada pekerjaan guru beginilah kalau tidak anak murid tentu anak sendiri.  Kepada semua murid dan pelajar selamat belajar dan kepada semua guru selamat bertugas pada tahun baru ini......Selamat Tahun  Baru 2013.....

No comments:

Post a Comment