3 Disember 2013, hari ke-4 , kami tiba lebih awal di sekolah. Kami melihat aktiviti sehari murid -murid di sini. Konsep guru penyayang diamalkan oleh guru yang bertugas pada hari itu. Dua orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan sedia menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah.
Suasana di sekolah ini amat harmoni. Walaupun ada sekumpulan murid yang bermain bola pada awal pagi, tidak kedengaran mereka menjerit-jerit atau berkelahi. Tiada ada suara riuh -rendah , gelak ketawa seperti di sekolah kita. Mungkin budaya mereka bercakap lemah -lembut dan bersopan. Kalau hendak dibandingkan dengan penulis jauh panggang dari api,maklumlah suara penulis nyaring dan kuat mana tidaknya kalau orang Melaka mesti bercakap kuat, tak tahulah kebenarannya... mungkin juga kita telah terbiasa dengan budaya ini. tak tahulah orang Melaka yang lain.
Selepas perhimpunan pagi, kami dibawa melawat ke kawasan sekolah dan bilik-bilik khas. Sebelum masuk ke kelas, kami dibawa melawat ke perpustakaan, dewan serbaguna yang digunakan untuk majlis-majlis tertentu dan tempat sembahyang berjemaah, kantin, koperasi (kedai buku), wakaf-wakaf atau pondok-pondok serta pejabat pengurusan. Sekolah ini diuruskan oleh guru-guru yang dilantik seperti juru audit /akaun tidak seperti di Malaysia ada staf /kakitangan pejabat dan pekerja swasta.
Gaji guru tidak dibayar oleh kerajaan. Oleh itu, pihak pengurusan perlu mencari dana sendiri untuk membayar gaji guru . Pengorbanan guru-guru di sekolah ini patut dihargai dan dicontohi, jihad ke jalan Allah demi melahirkan generasi yang berjiwa Islam.
konsep guru penyayang - murid berslaman dengan guru
murid perempuan bersalaman dengan guru perempuan
pemandangan dari jauh terdapat wakaf-wakaf untuk berehat
ahli kumpulan kami berkumpul di wakaf
di perpustakaan
hiasan yang popular terdapat di mana-mana
rak-rak buku
tabung untuk sumbangan ikhlas
dewan serba guna - majlis-majlis tertentu atau tempat sembahyang -tidak dibenarkan memakai kasut
info-info yang terdapat di belakang dewan
Makmal komputer yang canggih - monitor LCD
makanan yang dijual di kantin
Situasi di dalam kelas - tidak ada bilik guru. Di belakang kelas disediakan meja kecil dan kerusi untuk guru kelas membuat aktiviti sendiri di kelas sendiri
pejabat pengurusan - akademik dan sosial
Gambar di atas menunjukkan pembahagian pengurusan sekolah rendah dan sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment