Monday, December 9, 2013

catatan Pengalaman Hari Kedua di Satun

1Disember 2013, hari kedua, kami berada di Bilik Mesyuarat Raiyan pada pukul 8.00 pagi. setelah mendengar taklimat dan mendapat jadual waktu mengajar, kami dibawa ke Pasar Kampung Cina Chalung.  Pasar ini hari dibuka pada waktu pagi setiap hari Sabtu.
  Di pasar ini kami dapat melihat ramai peniaga yang menjual semua keperluan seperti keperluan dapur, peralatan di rumah, ikan, buah-buahan , kerongsang, makanan, minuman serta pakaian.  Ada gerai-gerai payung atau peniaga kecil turut bersaing berniaga . Lebih kurang pkul 11.30 kami meninggalkan pasar ini.
  Pada pukul 2.30 petang , kami bertolak ke Kuala Bara.  Pada pukul 3.15 petang kami sampai ke pasar 18 juta di tepi pantai Kuala Bara.  Pasar 18 juta  ini mendapat nama sempena biaya kos  membuat tapak pasar  dan menambak laut di pesisiran pantai Kuala Bara.  Kami bernasib baik kerana hujan gerimis sekejap sahaja.
  Banyak gerai pakaian,buah-buahan dan makanan di sini.  Ada juga tempat beriadah dan bersantai di pantai ini.  Ada restoran yang dibina daripada papan atau kayu yang dibina berderetan.  Kami berada di sini lebih kurang pukul 7.00 malam.  Dalam perjalanan pula kami singgah di masjid untuk sembahyang maghrib.
                                                                      bilik mesyuarat Raiyan

           



 Kumpulan kami terdiri daripada Pn Siti Aisah bt Talib, En Zainal Abidin bin Kassim, Pn Kalsom bt Md Jan (penulis) Pn Saniyah bt Dol Halim, Pn Jamilah bt Badri, Zuraehan bt Ramli, Pn Junaidah bt Abdul Jalil dan guru-guru Thailand - Pn Siti Fateema Phadneam, Cik Aminah Somkesorn, Cik Reena Zang Damdee  dan Cik Patimah .            
Panorama di pasar 18 juta




                                                  air teh dan air tambah kalau tehnya pekat
                                                                  songtham
Salad  terdiri daripada biji barli, jagung, buah naga, lobak merah, timun, anggur, tomato, kacaang merah, salad dimakan dengan mayonis .

No comments:

Post a Comment