Saturday, December 14, 2013

Pantun - Luahan hati tak dapat pindah ke Daerah Sabak Bernam

Dari Melaka ke Sabak Bernam,
Hasrat hati hendak berbudi,
Apakah daya hasrat terbenam,
Hendak berpindah tiada yang sudi.


Sabak Bernam sekolahnya penuh,
Sayang sekali opysenku Bahasa Melayu,
Hasrat hati berpindah tertangguh,
Hati umpama kembang layu.


Hendak merayu terasa malu,
Umpama menyalak bukit yang tinggi,
Takkan dapat dirayu-rayu,
Sekolah yang ada tak kosong lagi.

Apa lagi hendak dikata,
Tunggu masa pencen tiba,
Bila boleh berkhidmat di negeri kita?
Kerana hati meronta-ronta.

Rumah yang tinggal tiada penghuni,
Istana hinggap ketika cuti,
Hati yang ada terasa kosong kini,
Rumah sewa tak sama rumah sendiri.


Sekejap ke sana sekejap ke sini,
Masa berlalu tidak kusedari,
Tenaga semakin berkurang kini,
Semoga kesihatan kekal abadi.

Dalam usia meningkat lagi,
Cabaran berat terpaksa ditempuhi
Kerja bertambah tidak dikurangi,
Sampai bila terpaksa dipenuhi?



Hasrat hati melangkah pergi,
Apakan daya kaki tersangkut,
Ya Allah Ya Rabbi,
Kepadamulah tempat aku berpaut.


nukilan ............14/12/2013



No comments:

Post a Comment