Tuesday, December 10, 2013

Kelas Bahasa Melayu penulis - tingkatan 4 Mattayom (menengah)

Penulis ditetapkan mengajar tingkatan 4.  Muridnya hanya 5 orang. Mereka terdiri daripada Or-raya, Fadeela, Atchaiya, Aresah dan Saiyid. Salah seorang daripada mereka pernah mengikuti program pertukaran pelajar di Sekolah Menengah Datu Harun, jadi mudahlah dia menjadi penterjemah bahasa Thailand sekiranya ada antara raknnya yang tidak faham Bahasa Melayu.
  Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penulis terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris jika tidak ada pilihan untuk memudahkan mereka memahaminya. Penulis  sempat menghabiskan tajuk Kata Tanya selama 4 jam dan kata Nama selama 30 minit. Pada hari Khamis pula cuti sempena Hari keputeraan Maharaja Thailand , Jumaat 6 Disember pula, penulis  terlibat sebagai penceramah kepada guru-guru bahasa melayu Thailand di 4 buah sekolah yang bertempat di Sekolah Muslim Suksa   Penulis juga tidak berkesempatan berjumpa dengan pelajar ini.  Cuma sekiranya mereka ada membaca blog penulis , mohon ampun dan maaf , walaupun ada majlis perpisahan tetapi penulis tidak dapat bercakap dengan mereka secara dekat.

                                     Pelajar perempuan diasingkan dengan dinding penghadang
                                                    Kedudukan murid-murid 4 Mattayom
                                          Penulis terpaksa mengubah kedudukan pelajar lelaki ini
                                       
Penulis membawa laptop, pembesar suara untuk menperdengarkan  lagu 'Tanya Sama Pokok' kerana dengan nyanyian ini dilengkapi  gambar pokok, awan, dan hujan.  Lagu ini boleh dimainkan berulangkali, ada senikata , animasi ,  gambar sesuai sebagai alat bantu mengajar.

No comments:

Post a Comment