Hidangan laksa sungguh sedap. Kalau lama lagi kami di sini tentulah bertambah gemuk. Hari ini jalan-jalan makan sahaja. Kuah laksa ada dua, satu bersantan dan satu lagi kuah asam. Laksa berasnya kecil tidak seperti laksa di negara kita. Ulam-ulaman pula ditambah .
Kami duduk sambil berborak di sini sehingga pukul 4.35 petang , menunggu ketibaan En Rosalah, isteri, anak-anak, Cikgu Siti Fateema, Pn Saudah Pengsai , Cikgu Zainon dan isterinya. Lebih kurang pukul 4.55 kami sampai di rumah.
Selepas sembahyang maghrib kami keluar lagi untuk makan malam di gerai nasi ayam yang dikatakan paling sedap. Ramai pengunjung di kedai makan ini. Kami sampai di kedai makan pada pukul 7.45 malam.
Cikgu Areefah Wanyawa, Cikgu Aminah, Cikgu Reena , Cikgu Zuraehan
Cikgu Saniyah, Cikgu Jamilah, Cikgu Junaidah dan penulis
Selepas menjamu selera, menu - mertabak, roti telur dan nasi ayam , kami bergerak ke kedai pakaian dan pasar malam untuk membeli -belah.
Gelagat guru-guru di pasar malam-
Lebih kurang pukul 9.00 malam kami sampai di rumah. Beginilah kalau cikgu-cikgu perempuan pantang jumpa mesti hendak membeli.......bersambung lagi
No comments:
Post a Comment