Kami diberi tempat penginapan di rumah En Rosalan Napelan, pengarah Sekolah Anuban Muslim. Kumpulan kami terdiri daripada Pn Siti Aisah bt Talib, En Zainal Abidin bin Kassim, En Adnan bin Dawood, Pn Jamilah bt Badri, Pn Saniyah bt Dol Halim, Pn Junaidah bt Andul Halim, Pn Zuraehan bt Ramli dan saya : Pn Kalsom bt Md Jan. Kemudian dua orang guru tinggal di rumah salah seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama iaitu Cik Reena Zang Damdee.
Selama 9 hari , makan minum kami disediakan oleh pihak sekolah. Hidangan makan malam ini disediakan di sebuah bangsal atau pondok yang berlantaikan marmar. Sungguh selesa menikmati makanan di sini umpama menikmati cara hidup tradisional di samping menghirup udara segar . Di sebelah pondok ini pula , terdapat rimbunan pokok buluh di tepi sebatang sungai.
Hidangan makanan sungguh ringkas . Ikan goreng, sambal belacan dengan ulam-ulaman, ikan masak singgang. Dengan hidangan yang ringkas inilah agaknya kebanyakan tubuh penduduk di sini tidak gemuk berbeza dengan masyarakat Malaysia yang memasak makanan secara menggoreng , berminyak dan berlemak. Daripada pemerhatian dan pengalaman selama 9 hari , mereka menyediakan makanan secara bakar atau membuat sup dan memakan banyak sayur-sayuran serta ulam-ulaman.. Makanan mereka jarang menggunakan kelapa atau santan kecuali kuih -muih. Mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti salad,'songtham' dan makan' nasi air' - bubur nasi yang dimakan dengan ikan, , bawang goreng, daun sup dan saderi. Menurut cerita daripada penduduk di situ, mereka memakan makanan pedas, manis dan masam agar dapat mengelakkan penyakit kencing manis atau diabetes. Mereka minum air putih atau air jarang selepas makan. Mungkin penyediaan makanan seperti ini jugalah yang membuatkan mereka awet muda.
Mungkin marmar di sini agak murah dan mudah didapati kerana semua rumah batu berlantaikan marmar yang bermutu tinggi, berkilat dan berbagai corak.
Di sekolah ini terdapat baanyak wakaf atau pondok untuk memudahkan murid duduk makan atau berehat sambil santai , maklumlah sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
No comments:
Post a Comment