Thursday, December 12, 2013

Pengalaman hari ke-8 - sambungan

 Kami meneruskan perjalanan lagi.  kami bertolak dari Sami Kitchen pada pukul 1.30 petang menuju ke Masjid Besar Songkla.  Sebaik tiba di Masjid Besar ini, penulis terpegun kerana melihat keindahan masjid ini.  Masjid ini dibina tiga tingkat. Tingkat bawah - tempat meletak kereta. Ada juga penjaja yang menjual air, buah-buhan  dan  permainan kanak-kanak
 Penulis hanya melintas di tingkat satu, tempat mengambil air sembahyang dan bilik mesyuarat yang agak besar juga. Tempat sembahyang di tingkat tiga, di bahagikan kepada dua bahagian , lelaki dan perempuan, berbeza dengan di negara kita biasanya tempat sembahyang perempuan di belakang.
   Melihatkan keindahan masjid ini tentulah biayanya mahal kerana marmarnya berkilat, binaanya cantik dan berseni. Lanskapnya juga dilengkapi dengan air terjun dan kolam.

                                                 uniknya tempat duduk mengambil wuduk
                                                      pandangan sisi tempat mengambil wuduk
                                                                   tempat solat lelaki
                                                               tempat solat perempuan
                                                 ruang legar di belakang ruang solat
                                                                rekabentuk binaan masjid
                                                          panorama di sekitar masjid

  Lebih kurang pukul 2.30 kumpulan kami ketinggalan kerana kumpulan lain telah bergerak lebih awal menuju ke Samila Beach.  Kami tiba di tepi pantai Samila , Hadyai pada pukul 3.45 petang.  Kami diberi masa 1jam setengah untuk melihat keindahan pantai.
  Di persisiran pantai ini banyak jualan cendera mata , pakaian dan beg tangan. Terlalu banyak peniaga kecil   jual makanan dan minuman. Penulis tidak sempat merakam gambar kerana bateri telefon bimbit telah habis dan kamera yang dibawa tidak boleh dicas kerana  pengecasnya  tertinggal di Selangor.




Photo



Sukarnya hendak mengambilgambar replika ikan duyung ini.

Terdapat dua pulau yang dikenali sebagai Pulau Tikus dan Pulau Kucing.  Menurut metosnya, kucing dan tikus terjumpa permata.  Mereka membawa permata itu di dalam perahu.  Oleh kerana berebut permata tersebut, perahu mereka karam.  Tempat di mana mereka jatuh itulah sempena nama pulau tersebut. 

Kami sempat membeli coconut ice cream di gerai tersebut. Bahan-bahan yang terdapat dalam coconut ice cream ialah kelapa muda, pulut, kacang, ice cream dan pilihan yang lain seperti jagung , kacang merah, jelly.Photo

Harga coconut ice cream ialah 300 bhat.
Kemudian kami meneruskan perjalanan pada pukul 6.00 petang menuju ke Klong Hae Floating Boat untuk 
menikmati makanan tradisi .  Kami tiba di sana pukul 6.30 petang dan diberi masa 1 jam.  Melihatkan banyak gerai-gerai dan pasar malam di situ, kami mengambil banyak masa untuk melihat keindahan sungai
dan kepelbagaian gaya penjual makanan terutama di tepi sungai itu.
Photo
  
Peniaga yang duduk di dalam perahu berniaga bihun goreng , shusi yang diletakkan dalam daun pisang dijadikan perahu.
Photo
Panorama di sekitar Klong Hae Floating Market  - Klong (sungai ) - banyak peniaga berniaga di sini dan terdapat banyak makanan tradisi orang Thai.

Gambar di atas jelly yang dijual di dalam tembikar yang berbagai bentuk - harganya 300 bhat.

Kami meninggalkan tempat ini pada pukul 7.30 malam menuju ke Satun .  dalam perjalanan kami singgah sembahyang maghrib dan Isya .  Kemudian kami dijamu makan ayam goreng dan roti oleh Cikgu Aminah di rumahnya.Kami diberi lagi sebungkus nasi ayam sebai buah tangan. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki kepada Cikgu Aminah.

  Kami balik dan mengemaskan barang-barang untuk bersiap sedia balik ke- Malaysia.
                                                                    


No comments:

Post a Comment