Selepas imigresen , Wang Kelian di Malaysia
Sepi sahaja pusat beli-belah di sini. hanya kedai-kedai di tingkat bawah.
Gerai-gerai di tepi jalan Wang Kelian, Malaysia
Pada pukul 5.00 petang kami meneruskan perjalanan. Pada pukul 6.30 petang, kami singgah di Masjid Arrahman Simpang 4 Kerpan Air Hitam, Kedah untuk sembahyang zohor dan Asar. Tiba di R & R Gurun kami berhenti lama sedikit untuk sembahyang maghrib dan Isyak , makan dan rehat sebentar. Kami bertolak semula pada pukul 9.45 malam dan perjalanan tidak akan berhenti lagi kecuali ada permintaan yang hendak ke tandas.
Syukurlah kami sampai di PPD Kuala Selangor hampir pukul 3 pagi. Suami penulis telah pun sedia menunggu kerana sms demi sms dihantar setiap kali berhenti. Penulis takut bateri telefon bimbit mati. Akhirnya penulis sampai ke rumah di Sabak Bernam pada pukul 3.45 pagi.
Syukur Alhamdulillah dapatlah kami menabur budi di Satun , Thialand walaupun pada awalnya banyak kedengaran desas-desus pergolakan di negeri itu.
No comments:
Post a Comment