Wednesday, December 11, 2013

Ceramah BM - Perkongsian ilmu

6 Disember 2013- hari ke-7..kawan-kawan lain mengajar murid-murid , penulis pula akan berkongsi ilmu dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand.  Selama 6 hari sempat juga melihat-lihat dan membelek modul bahasa Melayu di rumah En Rosalan , pengarah sekolah Anuban. Tidak banyak gambar -gambar untuk membantu murid memahami Bahasa Melayu .  Apa-apa pun bersyukurlah mereka ingin menghidupkan bahasa warisan  datuk moyang mereka.
   Generasi golongan tua Thailand pandai bertutur bahasa Melayu kerana  kebanyakan  saudara-mara mereka ada di negara kita.  Contohnya Cikgu Reena Zang Damdee, ibunya sering berulang-alik ke Kedah.  Cikgu Fatimah, saudara-maranya ada di Perak.
     Cikgu Miskin pula sentiasa menterjemahkan dalam bahasa Thailand jika guru-guru Bahasa Melayu Malaysia berucap kerana dari riak muka murid Thailand tidak semua murid faham.
  Pada kesempatan ini penulis berpeluang memberi ceramah kaedah mengajar Bahasa Melayu kepada guru-guru di 4 buah sekolah iaitu Sekolah Anuban Muslim, Sekolah Muslim Suksa, Sekolah Nida Muslim Suksasat, dan Sekolah Thammasat Vitaya Muslim.  Seramai 22 orang guru terlibat,  Semasa memberi ceramah, ada seorang guru dari Songkhla hendak membuat PHD, beliau inginmembuat  kaji selidik permasalahan mengajar Bahasa Melayu di kalangan bukan penutur asli atau bahasa ibunda. Jadi beliau turut mengikuti ceramah ini.
  Penulis membawa laptop , speaker dan laser pointer kerana telah diberitahu lebih awal tetapi sangkaan penulis hanya untuk guru-guru di Sekolah Anuban  Muslim sahaja. Penulis telah diberi masa 3 jam dengan 11 slide yang telah disediakan.  Syukurlah ilmu dapat dikongsi bersama. Semoga ilmu itu dapat dimanfaatkan kepada semua guru yang terlibat.  Sesi soaljawab diadakan sebelum ceramah ditamatkan.  Pertanyaan dan persoalan banayak daripada guru yang ingin membuat PHD itu.





 
 Sempat bergambar dengan guru-guru dari Sekolah Nida MuslimSuksasat malahan gurunya berminat meminjam buku-buku yang penulis gunakan untuk membuat rujukan .
  Buku-buku ini kami dermakan kepada guru-guru Sekolah Anuban Muslim.

No comments:

Post a Comment