Monday, December 9, 2013

Catatan pengalaman hari ketiga di Satun

2 Disember 2013- hari ketiga kami di sini. Kami tiba di sekolah pada pukul 7.35 pagi. Murid-murid sudah mula hadir ke sekolah. Pukul 8.00 pagi  semua murid dan guru berhimpun . Kami diberi tag nama dan diperkenalkan kepada semua murid dan guru.
  Tugas mengajar  akan bermula pada jam 9.00 -9.45 pagi, rehat pukul 9.45 -10.30 pagi dan masa kedua pukul 10.30-11.15 pagi. kami mengajar pada hari Isnin , Selasa, Rabu dan Jumaat.
  Semasa perhimpunan pagi, murid-murid diberi sarapan pagi  dan susu sekolah.  Waktu persekolahan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang merangkumi semua murid pra hingga tingkatan 5.  Sekolah ini ada 170orang  guru dan 2700 orang.murid termasuk prasekolah, pendidikan khas,sekolah rendah dan menengah. Pihak sekolah menyediakan van untuk mengambil dan menghantar murid .
  Amalan yang perlu dicontohi ialah semua murid sembahyang  zohor secara berjemaah bersama-sama dengan tazkirah  ringkas. Dari segi kebersihan, memang patut diberi pujian kerana kami tidak nampak murid membuang sampah merata-rata.
  Tidak ada vandalisme seperti menconteng dinding atau merosakkan harta sekolah.  Murid-muridnya dan guru tidak bercakap kuatmalahan suara guru mengajar sesuai dengan keadaan murid mereka.

                                              Hampir 100%  guru bermotosikal ke sekolah

                                                    kehadiran murid pada awal pagi
                                            Perhimpunan pagi - setiap hari pukul 8.00 - 8.30 pagi
                         semua guru berhimpun di hadapan - penyerahan tag nama dan sesi memperkenalkan diri
murid diberi minum susu dan sarapan pagi

No comments:

Post a Comment