Wednesday, January 2, 2013

bagaimana boleh silap?

Entah bagaimana boleh silap? Mungkin dah berumur kot!.  Itulah  hari pertama persekolahan.  Semalam semasa mengutip yuran, ku berikan jadual waktu hari Isnin sedangkan sekolah mula hari Rabu 2 Januari 2013.
  Semalam dek kerana kepenatan mengutip yuran dan menyediakan persiapan anak serta menghantar anak ke asrama, malamnya aku membuat jadual waktu berkomputer.  Konon-kononnya nak terkini, zaman IT katakan.
  Memang pada mulanya, aku hendak fotostat sahaja jadual yang diberi oleh GPK 1 tetapi nampak macam orang malas sahaja.  Jadi ku ambil format sekolah lama ku lengkapkan jadual 4 Jaya kelasku.
  Memang selalunya firasatku benar tetapi kedegilanku dan kepenatan membuatku tak memperdulikannya.  Aku terus mengikut alunan hati mungkin kepenatan dan mata pun dah kuyu.  Selalunya singkatan jadual waktu bagi PS   - bermaksud Pendidikan Sivik dan SV Seni Visual .  Oleh kerana kekeliruan ini aku telah melakukan kesilapan - pertukaran nama guru yang mengajar dengan mata pelajaran.  Maka apabila tiba masanya, guru tersebut dipanggil beberapa kali oleh murid termasuk guru besar.  Aduhai , Kasihannya! Orang lain yang buat salah, orang lain yang terima padah.
  Itulah lain kali GPK mestilah peka dan buat jadual betul-betul agar guru lain tak tersilap mentafsirkannya.  Minta maaflah kepada guru tersebut....hehehe hari pertama dah lakukan kesilapan....anda guru pernah buat silap?....kalau pernah cepat-cepatlah minta maaf itu sahaja.....

1 comment:

  1. apabila berbincang dengan rakan-rakan sejawat, semua bersetuju bahawa apabila dah berumur beginilah usia emas....hehehe. Rambut dah gugur, gigi berterabur, mata dah kabur, nikmat Allah ambil sedikit-demi sedikit.

    ReplyDelete