Minggu lepas sibuk mengecat kelas, minggu ini 12/1/2013 Sabtu sibuk pula memasang alas meja. Mengapa aku perlu bersusah payah untuk mengalas meja murid ini? Bukan apa , murid-,muridku suka membuang sampah dalam lubang di hadapan meja mereka sendiri. Oleh sebab terlalu buruk sangat meja ini aku mengambil keputusan mengalasnya.
Hari itu memasang langsir hijau dan cat kelas warna hijau 'green tea'. Entah mengapa takut pula bermain warna hijau ni. Adalah lebih baik mencari alas meja warna kuning. Bertolah dari rumah pukul 10.30 pagi, singgah di Sungai Besar membeli dawai, paku, mengga pintu dan 'lock'. Aku juga membeli kain jersi yang berwarna hijau untuk dipasang di papan kenyataan. Perbelanjaan kali ini RM46.00 . Manakala tikar getah yang kubeli segulung berharga RM130.
Masa yang diambil menutup lubang di meja itu dan mengalas meja dari pukul 11.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan untuk melengkapkan kelasku ini. Di samping itu kerja-kerja menyelesaikan Borang-borang RMT dan papan kenyataan masih bertangguh lagi. Semalan mengecap borang pun mengambil masa yang panjang. Hampir 2 jam dan menyiapkan papan kenyataan , sedar tak sedar Jumaat itu aku balik pukul 2.00 petang. Memang susah kalau sekolah jauh dari rumah , perjalanan pergi dan balik lebih kurang 2 jam.
Sibuk mengecap kod sekolah, nama sekolah dan nama guru besar. Lain sekolah lain pula ragamnya sebab inilah kali pertama aku dilantik jadi setiausaha RMT. Walau apa pun syukurlah beransur-ansur kerja siap.
Sepatutnya meja dan kerusi plastik ini sudah dihapus kira , tetapi inilah kali pertama aku melihat kerusi dan meja yang agak kukuh digunakan berbanding dengan kerusi meja zaman sekarang.
Terima kasih kepada kedua-dua anakku kerana sudi membantu menyiapkan kerja-kerja keceriaan kelasku........Terima kasih !
No comments:
Post a Comment