Kami menginap di hotel, di tepi laut. Untungnya , aku mengajar di sana kerana berpeluang menginap di hotel. Kalau di semenanjung , hanya jalan-jalan jauh seperti ke Terengganu atau ke Langkawi sahaja.
Pemandangan di tepi laut amat indah tambahan pula pantainya bersih dan air lautnya kebiru-biruan terutama pada waktu tengah hari. Aku terkilan tidak dapat pergi ke pulau Sipadan atau ke Semporna. Mungkin ada hikmahnya . Tetapi yang pastinya , aku hanya sampai di Taman Buaya, Orang Hutan Sepilok, Monyet Probosis atau monyet Hidung panjang.
Nasib baik kedua-dua anakku dapat terbang ke Felda Sahabat dan sempat menjadi guru ganti di SK Sahabat 4. Sesungguhnya banyak kenangan di bumi bertuah ini. Syukurlah dapat juga aku menjejak kaki di negeri bawah angin ini.
2 tahun di Sabah banyak kenangan manis dan pahit, suka duka hidup di rantau.
ReplyDelete