Friday, January 25, 2013

PPD Kuala Selangor

 Walaupun dah 2 tahun menjadi guru cemerlang, namun gajiku masih lagi memangku .  Dah hampir setahun di SKSS , gaji masih pada takuk lama. Hairannya, Kalau nak potong gaji berdesup, cepat dan terkini.
  Apabila hendak mengira pergerakan gaji DG 44 pula macam semut. Tunggu surat kenaikan gaji tahunan.  Kemudian tunggu buku rekod servis.  Aku pun dah naik jemu . Mengadu kepada KPM , jawapannya positif, emel kat kpm, JPS dan PPD Kuala Selangor.  Akhirnya hampeh juga. Jawapannya kami siasat dan hubungi sendiri PT sekolah anda.
  Lantaran itu , aku ke PPD Kuala Selangor pada 24 Disember 2012, Aku berjumpa dengan Ketua kerani, bahagian perkhidmatan. Pertama hendak tengok BRP buku rekod perkhidmatan, dah 'update' ke belum.  Kedua, aku beri semua salinan surat-surat dari mula dilantik sehingga surat pengesahan yang diterima serta slip gaji dari 2010 hingga 2012 yang kukumpulkan dan failkan.
  Hari ini 25/01/13,  harapan ku kecewa lagi, sebulan sudah berlalu. Aku mengadap ketua kerani dan dia minta tangguh lagi kerana katanya BRP tidak lengkap.  Manakan nak lengkap? pindah ke Sabah, Melaka perap setahun.  Di Sabah pula kerani tidur kot, katanya nak "update" hampeh.
  Ketua kerani minta tangguh sebab katanya pening tak tahu punca.  Akhirnya dia meminta kerani sekolah lama menghantar semua kew 8 yang dibuatnya. Jawapannya sekarang , kalau aku masih berdiam diri, apa akan jadi?  Tunggulah sehingga 31 Januari 2013 ini.  Semoga aku diberikan jawapan yang menggembirakan.  Ya, Allah kau bukakanlah hati-hati kerani ini untuk membuat kiraan gajiku sebelum panas hatiku untuk melangkah pergi.  Inilah dugaan pada akhir sedekad perkhidmatanku.

  PPD Melaka, PPD Sabah, PPD Selangor, dan kerani-kerani yang menjaga buku rekod perkhidmatan,  PT, Oh , PT....kiranya terkena batang hidungmu bagaimana?

1 comment:

  1. Beginilah kesannya kalau guru berpindah-randah. Bukan salah guru kerana aku berpindah pun mengikut arahan pertukaran suami. Bukan kami suka-suka pindah. Banyak belanja yang terpaksa dibayar dan ku kira terlalu banyak cabaran ketika berpindah. Semoga Allah memberikan kami kekuatan dan kesabaran dalam meniti sedekad lagi perkhidmatan sebelum bersara. Kerani-kerani yang menjaga BPR buku rekod servis bertugaslah sekiranya guru itu telah bertukar , kemas kinikan dan hantarlah kepada pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete