Selasa, 23/01/2013 terlerai sudahpenantian kehadiran Nazir untuk baiah SKSS.
Mereka datang bertiga, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Tn Ismail, Dr Mahanum dan Pn Tam adalah nazir yang bertugas memantau untuk baiah ini.
Kehadirannya dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Banyak yang dilihat, diperhati, dipantau dan ditanya melalui lisan serta diselidik. Dari pondok pengawal keselamatan, RMT, fail-fail, dan pemantauan dari bidang kurikulum iaitu pengajaran dan pembelajaran. Mereka memilih guru-guru yang telah mendapat APC dan Guru Cemerlang termasuklah aku. Kini penantian telahpun berakhir dan terjawab. Aku dipantau dari pukul 10.50 hingga pukul 11.50 pagi. Aku terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Tn Ismail selepas pemantauan itu. Perbincangan tidak dapat dilakukan kerana aku ada kelas 4 Jaya selepas itu. Maka hampalah hasratku ingin mengetahui keputusan pemantauan atau seliaan p d p itu.
Yang pastinya, setiap persediaan mengajar diteliti, dilihat berterusan dari awal minggu pertama hingga minggu ini. Buku murid diselak satu persatu. Memang aku ada buat komen dan membetulkan kesalahan murid. Pengayaan kad ucapan Hari Bapa atau Ibu pun dibelek di papan kenyataan.
Aku pasti semuanya diteliti . Cuma aku kecewa tak dapat feedback daripadanya.
Apa-apapun sudah selesai satu episod. Diharapkan SKSS berjaya mendapat baiah tersebut. sekiranya berjaya , bekas guru besar, En Adnan bin Othman dan guru-guru akan mendapat habuannya.....Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment