Pasti debaran menunggu Nazir dari KPM datang untuk pemantauan sebagai calon tunggal Kuala Selangor untuk dibaiah kerana SKSS - Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh telah dua tahun berturut-turut meningkat prestasi pencapaian UPSR. Tahun 2011 dapat lonjakan saujana, tahun 2012 meningkat lagi keputusan UPSR, tahun 2013 didoakan meningkat terus supaya mendapat gelaran Sekolah Berprestasi tinggi...insya-Allah.
Telah dua hari menunggu, semua guru sibuk menyiapkan dokumentasi fail-fail baik dari kokurikulum , kurikulum, KSSR, guru penyayang, dan segala-galanya. Aku pula dah tiga Sabtu ke sekolah menghias kelas, menyiapkan fail-fail dan lain-lain. Agak penat juga ke sekolah seawal sebelum pukul 6.00 pagi supaya sampai ke sekolah sebelum pukul 6.40 pagi. Sembahyang Subuh di surau Petronas Hj Dorani. kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Sungai Sireh dari SabaK Bernam SBPI. Mula-mula agak takut juga keluar gelap-gelap sebelum Subuh kendera di jalan raya sedikit, mudahlah nak memandu 120-140 km, agak cuak juga di hati.
Entah bila agaknya Nazir ni nak datang. Hari ini, pemantauan dari JPS - Jabatan pelajaran Selangor , memantau Pendidikan Khas, guru penyayang dan KSSR. Semua guru yang mengajar KSSR telah berkumpul dan menyiapkan keperluan untuk esok, 23/1/2013. Tunggu sahajalah apa kata mereka...komplen atau memberi bimbingan.......adakah sekolah anda juga akan dipantau? ......tunggu sahajalah, yang pastinya esok 23/1/2013 pasti aku tepaksa ke sekolah lebih awal......bersambung.
No comments:
Post a Comment