Saturday, January 26, 2013

koleksi 848

 Entah mengapa ketika membeli kereta , suamiku tiba-tiba ingin nombor pendaftaran kereta yang sama dengan keretaku.  Kini anakku juga mengikut langkah yang sama.
  Walaupun tak dapat semuanya sama namun tapi dapatlah memenuhi impiannya. Tengoklah nombor pendaftaran ini.


 Nombor pendaftaran keretaku unik sedikit kerana dibeli di Sabah, SD plate Lahad Datu , selalu orang akan tanya. 5848 , anakku 6848 sementara suamiku pula 9848, sayangnya kalau ada turutan 7848 , tunggulah kereta anak keduaku kalau dia juga hendak mengikut langkah suamiku, maka akan jadilah keluarga plate kereta 848....hehehe...anda bagaimana adakah ada keinginan seperti kami?

1 comment:

  1. komen anak bongsuku ," Ni koleksi plate kenderaan SD Lahad Datu, Sabah, BLU - Selangor dan WXS - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    ReplyDelete