Kalau dulu cat dinding warna kuning dan langsir warna bendera yang ku jahit sendiri dan hasil bekas tangan ceria merdeka di SKDN sekolah lamaku tetapi tahun ini berubah kepada warna hijau 'green tea' kerana nak sesuaikan langsir lama di rumahku.
Aku bersyukur kerana suamiku dan anak sulungku sudi meluangkan masa mengecat dan membantuku memasang langsir. Pada 5/1/2013 , bertolak dari rumah pukul 10.15 pagi kemudian mendapat panggilan telefon ambil kereta Proton FLX 1.6 WXS 6848 di Sungai Besar. Jadi , terlewat sudah. Sampai di SKSS pukul 11.20 pagi , mulalah mengecat sehingga selesai pukul 6.20 petang.
Banyak kerja yang dibuat. Selain mengecat, suamiku memasang rail langsir yang ku beli di Sabah ketika menyewa rumah di Felda Sahabat. Nasib baik boleh ngam ukurannya walaupun 'lari sedikit'. Penatlah juga 7 jam di sekolah membuat kerja-kerja tersebut. Nasib baik aku goreng bihun sebungkus, itulah menu kami bertiga seharian. Syukurlah dah berubah sedikit kelasku.
cat lama di dinding kelasku tahun 2012
cat hijau 'green tea'makan bihun sahaja hari ni!
mesin jahit ku bawa sekali supaya mudah menjahit skirting meja guru.
No comments:
Post a Comment