Sekarang ini bikin panas semua guru. Bukanlah takut sangat tetapi banyak perkara yang akan dipantau terutama sekali fail-fail. bilik-bilik khas dan perjalanan serta sistem pengurusan sekolah.
Daripada pihak guru pula mungkin persediaan mengajar dan sukatan pelajaran serta pengurusan kelas dan alatan pengajaran dan pembelajaran.
Memang mudah mencari kelemahan tetapi sukar untuk mempamerkan kelengkapan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Aku dah biasa tetapi gentar juga kalau dapat nazir yang memantau tu kaki komplen dan tidak mahu membimbing. Ku berharap kehadiran mereka dapat memberi garis panduan untuk menambah baik pdp dan sistem pengurusan serta pentadbiran sekolah. Nampaknya tak boleh gembira nak bercuti terpaksa menyiapkan pendokumentasi fail-fail .
Semoga SKSS bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharap semua warga sekolah akan bekerjasama untuk menerima baiah tersebut. Semoga sukses...aamiin.
semalam,19/1 semua guru sibuk menyiapkan dokumen utk pemantauan baik gurun kelas, guru jqaf,dsb. aku dah mula mengecat kelas minggu pertama, kedua dan memebuat persiapan sedikit demi sedikit, selalu balik lambat...3 sabtu berturut2 pergi ke sekolah tak juga siap kerja..
ReplyDelete