Thursday, January 10, 2013

Mengantuk

  Entah mengapa hari Khamis 10/1/2013 mataku begitu mengantuk.  Walaupun bergerak dan membuat kerja , mataku tetap mengantuk.  Bagaimana harus ku nyatakan dalam menjawab soalan GPK HEM sekolahku , aku memberi jawapan yang salah tentang kelas muridku.  Begitu juga dengan cap tarikh untuk dicopkan di borang RMT.
   Kemudian , semasa memandu dalam perjalanan balik , aku mengantuk.  Puas ku cuba menghilangkannya .  Sepanjang dalam perjalanan aku beristifar dan berdoa agar aku tidak mengantuk lagi dan kenangan peristiwa kemalangan 25 Oktober 2011 menggamit di fikiranku.
   Seterusnya, aku singgah ke pasar Sabak Bernam untuk membeli ikan dan sayur. Nasib baik,  aku tidak bertembung dengan kereta yang ingin keluar, aku pula hendak masuk .  Bersyukurlah aku kerana selamat dan akhirnya aku selamat sampai ke rumah.  Setibanya , aku di rumah apalagi terus tidur dan bangun pukul 3.30 petang  untuk menunaikan solat Zuhur kemudian ku sambung tidur semula akhirnya terus sembahyang Asar setelah mendengar laungan azan dari surau SBPI , Sabak Bernam di hadapan kuarters guru tempat tinggalku.
   Aku pun tidak pasti apakah penyakit mengantuk ini akan berkekalan.  Menagapa? mungkin kepenatan memandu atau kurang tidur.  Apa yang pastinya fikiranku berserabut sejak buka sekolah.  Aku berharap kemelut dan masalah yang ku hadapi dapat diselesaikan dengan cepat. Mungkin aku perlukan hijrah yang lebih baik dari dalam diriku sendiri.  Semoga aku menjumpai jawapan dan penyelesaikan yang bersarang di dalam mindaku....wassalam.

No comments:

Post a Comment