Hari ini, Rabu ada kegiatan kokurikulum. Maka aku tidak balik ke rumah sebaik habis waktu persekolahan pada pukul 12.50 tengah hari . Waktu kokurikulum pukul 4.00 hingga 6 petang. Maka tinggallah di Bilik Guru bersembang dengan kawan-kawan sambil menyiapkan kerja atau membuat ringkasan mengajar . Oleh kerana bekalan elektrik terputus sejak pukul 9.30 pagi hingga pukul 7.00 petang, kami kepanasan. Maka berehatlah di surau SKSS.
Aktiviti kokurikulum minggu pertama ini hanya melantik AJK bagi organisasi sesuatu badan beruniform dan kelab/persatuan . Lebih kurang pukul 5.50 petang aku pun sadah mudah beransur pulang. Aku singgah di Pasar raya Kasim di Sungai Besar untuk membeli barangan dapur. Sebaik tiba di rumah pukul 7.15 malam bergegas aku memasak tomyam untuk makan malam dan mencelur mi. Rasa letih juga seharian di sekolah.
Kalau dikira , bermula dari 6.30 pagi hingga pukul 6.00 petang bermakna 12jam 30 minit aku di sekolah. Manakala perjalanan memakan masa 40-50 minit dengan kelajuan 100-130 km/j. sekiranya aku memandu 100km dengan kadar yang tetap bermakna perjalanan ke sekolah mengambil masa selama 1 jam. Beginilah nasibku bermula tahun 2012, bulan Mac tahun lepas. Aku tak tahu sampai bila...? Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik dan dapat berpindah balik ke Melaka...Rindunya aku kepada rakan-rakan lama dan rumahku yang umpama istana hinggap.
No comments:
Post a Comment