27/01/2013 sempat ke Lost World of Tambun, bergerak dari rumah SBPI BSabak Bernam pukul 9.45 pagi ,sampai pukul 11, 58 pagi. Tiket masuk dewasa RM45 seorang, kanak-kanak bawah 10 tahun percuma, kanak-kanak atas 12 tahun RM38 seorang. Kanak-kanak yang tingginya bawah 90cm adalah percuma.
Aku sekeluarga berempat sahaja pergi, anak kedua tidak ikut serta kerana ke Pulau Pangkor. Tempatnya menarik tetapi ada perkara yang tidak disukai oleh ku kerana tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman walaupun sedikit. Hanya boleh bawa air mineral sahaja.
Kalau hendak pergi ke Lost World of Tambun ni kenalah seharian sebab dahlah harga tiket masuk mahal dan tidak dibenarkan bawa makanan, harga makanan pula mahal. Nasi lemak ayam goreng dalam bekas sedikit sahaja harganya RM8.50, air mineral 300 ml harganya RM3.00 .
Walaupun harga tiket mahal namun kami bepuas hati dapat berjalan-jalan sambil menikmati keindahan semula jadi , melihat binatang, 'Petting Zoo', menaiki permainan dan menaiki trem. Ada pertunjukan memberi makanan kepada haiwan tersebut. Apa yang menariknya mereka melatih haiwan , memanggil dan memberi makanan berserta dengan irama lagunya. Apabila lagu 'Chicken Dance' dimainkan , 5 ekor ayam keluar berderet meniti tebing sambil mengepak keluar, begitu juga burung merpati .
Kanak-kanak tentu gembira dapat bermain air di taman tema yang pelbagai di sini. terdapat pelbagai bentuk kolam dan gaya di taman tema air ini. Kami yang dah berusia ni adak malu sedikit kerana peraturannya terpaksa memakai baju renang, kalau tidak kena sewalah. Jadi kami jalan-jalan sahaja, tupun dah penat dan keletihan.
Akhirnya pukul 5 petang kami pun beredar untuk sembahyang dan beransur pulang ke SBPI, Sabak Bernam. Kami sembahyang dan makan d Hentian batu 8. Harga agak mahal juga berbanding tempat lain yang kami makan.
Sesuai untuk melihat keindahan alam semula jadi sambil anak-anak bermain di taman tema air. Ada lagi penambahan roller coaster dan juga disediakan kepada bakal pengantin yang hendak mengabadikan majlis mereka di dalam gua dan disediakan meja khas untuk tetamu. Kalau banyak duit boleh sewa ada juga pekerja majlis perbandaran buat Hari Keluarga di sini. Ramai pengunjung ketika hari cuti. Cuma yang kurang sesuai ialah membeli makanan terpaksa beratur panjang dan bayar dulu , kemudian barulah ambil makanan di gerai.
ReplyDelete