Dengan usaha menoreh getah sekangkang kera, menganyam tikar di samping menyambit rumput membela seekor kerbau yang dipelihara secara pawah untuk menampung perbelanjaan hidup kami empat beranak.
Dengan menoreh sekeping dua getah bukanlah cukup untuk kami sekeluarga. Oleh itu, kami sejak kecil lagi sudah membantu ibu membasuh baju, pinggan mangkuk dan mengemas rumah. Seingat aku,kalau tidak ke sekolah kami akan membantu mencabut sekerap di pokok getah dan membersihkan mangkuk getah di samping mengumpulkan dan mengangkat susu getah bagi meringankan bebanan kerjanya.
Ibuku pula bukannya sihat sangat selalu pening kepala dan mengambil ubat angin untuk sapu di bahagian anggota yang lenguh atau sakit di kereta ubat yang masih kuingat lagi perkhidmatan klinik desa bergerak untuk orang kampung. Sesiapa yang sakit atau memerlukan ubat perlu beratur ketika kereta ubat datang, itulah gelaran orang kampung.
kami terpaksa membantu beliau kerana ketidakcukupan wang belanja sekolah. Kami akan memancing ikan di sungai, mengutip pucuk paku atau sayur-sayur di sawah di mana pokok-pokok yang akan dibuang kerana hendak ditanam yang baharu. Memang di kampung kami makmur. Ada sumber untuk mendapatkan wang. Salah satunya mengambil upah mengubah anak padi, mencabut benih padi, menanam sayur, mengikat pokok petola atau timun yang menjalar ke junjung atau kayu atau menanam benih sawi. Semuanya pernah aku lakukan ketika masih kecil seingat umurku darjah lima dan enam. Apa yang kuingat balik sekolah campak beg, pergi ambil upah buat kerja-kerja seperti itu kalau tidakpun mengangkat air di telaga atau mencari kayu api.
Kini semua sudah berlalu. Aku bernasib baik dapat mengubah kehidupan dulu dengan menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Dahulu ibuku ada tinggal bersamaku sejak anak bongsuku kecil tahun 2000 sehinggalah awal 2010. Ketika aku bertugas di Sabah, bermula episod hidupnya tinggal bersama kakak atau abangku.
Sementara cuti sekolah ini, aku mengambil kesempatan untuk menjaganya. Didoakan agar kesihatannya elok kerana ibuku ini memang seorang yang unik sukar untuk kuhuraikan di sini. Aku tahu bukanlah mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa tambahan pula beliau bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi dan berpendapatan tetap.
sepetang di tepi laut Sabak Bernam SBPI
Membawanya berjalan-jalan di tepi lautbersama anak bongsuku
matahari sudah terbenam sekejap lagi azan maghrib
beransur-ansur pulang ke rumah
No comments:
Post a Comment