Semasa hari-hari terakhir berkhidmat di Sabah, maka tinggallah aku seorang diri di Sabah selama lebih kurang sebulan. Suamiku datang ke Lahad Datu. Aku mula meninggalkan flat guru pukul 9.52 pagi menuju ke Lahad Datu. Sebelum itu, aku berjanji dengan Amra , Ayu dan rakannya menziarahi Kasmia yang bersalin anak perempuan di kampungnya dekat dengan Lahad Datu juga. Pada pukul 2.15 petang tiba suamiku tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu.
Pukul 2.30 petang aku sudah sampai ke lapangan Terbang Lahad Datu. Kemudian kami menuju ke Hotel Silam Dynasti. Kami menginap selama 2 malam. Pada 26 /02/2012 kami ke Tawau untuk membeli kain batik dan kain pelekat serta membeli ikan kering dan ikan bilis.
Pada 27 /02/2012 pula kami menuju ke Kota Kinabalu. Kami menginap di Hotel Gaya selama 3 malam 4 hari.
Pada kesempatan ini, kami sibukkan diri bersiar-siar sambil membelah -belah dan menyempurnakan urusan perpindahan. Urusan pertama untuk menyediakan kereta untuk dihantar ke semenanjung. Urusan surat menyurat telah lama siap sebelum kemalangan pada 25 oktober 2011tetapi tertangguh kerana membaiki kereta hampir 2 1/2 bulan. Kali ini penghantaran kereta menggunakan biaya sendiri. Menurut suamiku, harganya RM1900 melalui khidmat Syed Nizam yang tinggal di Ciber View Apartment, Kota Kinabalu.
Urusan kedua pula , mengambil surat pertukaran yang sebenar (ori) di Rumah Persekutuan tingkat 5, berjumpa dengan En Azam di Unit naik Pangkat. Selesai urusan tersebut kami pun beredar.
kemudian kami ke kedai kristal untuk membeli buah tangan untuk anak-anak . Aku membeli sehelai blaus dan 3 helai T-shirt untuk dipakai sebagai basahan.
Kami berjalan kaki di tepi pantai dan sempat merakam gambar pada waktu petang itu. Kelihatan panorama yang cantik di kala waktu hampir senja.
Kemudian kami menjamu selera di tepi pantai di sekitar pantai yang berdekatan dengan pasar besar Kota Kinabalu, pasar Pilipina dan pasar hasil nelayan seperti ikan bilis, sotong, keropok, kuih cincin, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment