Di sepanjang jalan, masih terdapat kedai-kedai kayu atau papan yang menjual sayur-mayur, buah-buahan dan kuih-muih. Tetapi sekarang ini separuh daripada kedai papan atau kayu tersebut telah dirobohkan kerana melebarkan jalan raya dan mungkin akan dibina kedai yang lebih selesa dan bersih.
Bagiku Kundasang , udaranya nyaman dan sejuk tetapi tidaklah sesejuk di Cameron Highlands. Di Cameron Highlands banyak menjual sayur-mayur, buah-buahan dan cenderamata. Keadaan ini berbeza dengan di Kundasang yang hanya menjual makanan. kalau hendak membeli bakul-bakul, bantal, hasil-hasil krat tangan singgahlah di pekan Nabalu. Banyak t-shirt, anak-anak patung, barang mainan, perhiasan dan sebagainya.
Sayur-sayuran amat murah di sini berbanding dengan di Felda Wilayah tetapi kita mestilah pandai memilih sayur yang tahan lama dan simpan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment